8 Okt 2010

Rahimi: satu nama baru jadi kejutan

Dalam masa beberapa saat saja nama Rahimi gempar seluruh antero malaysia yang senyap sunyi sekejap dari riuh rendah isu Liwat Dato Seri Anwar Ibrahim. Rahimi tidaklah aku teramat kenal sangat dengan susuk tubuhnya. Sekadar mengenalinya sewaktu berada didalam AnwarIbrahimClub (AIC) yang beliau naungi.

AIC merupakan satu kelab yang ditubuhkan hanyalah sekadar untuk mendampingi DSAI dan bekerja dengan DSAI. Jawatan sebagai ketua direbut - rebut orang semata - mata untuk bekerja dengan DSAI. Kenyataan ini dibuat sewaktu mesyuarat AIC pada waktu itu. Oleh kerana niat pemimpin - pemimpin AIC lari dan menyimpang maka aku sendiri tidak berminat untuk aktif didalamnya. Tak bekerja dengan DSAI pun aku tak kisah. Perniagaanku tak memerlukan tunduk dengan orang dan tak perlu membodek orang. Dan tak perlu juga aku menjadi kaya kerana bantuan politik.

Jadi, amat wajarlah bekas bos AIC ini jadi pembelot. Kerana apa? kerana niat didalam AIC sendiri pun dah tak betul. Perkara yang dibuat secara tak betul biasanya akan terbongkar akhirnya. Matlamatnya tercapai. Cita - citanya juga tercapai. Mencipta nama dengan menjadi talibarut dalam tempoh begitu lama didalam perjuangan semata - mata menunggu peluang akhir yang  mana ganjarannya besar yang sangat besar.

Selepas PRU yang lalu aku masih nampak beberapa anak muda memakai baju AIC dan bermesyuarat di Restoran mamak di Shah Alam. Aku amat teruja kerana ramai sudah anak muda tertarik dengan perjuangan PKR dan sudah mula berjinak - jinak didalam NGO. Tapi aku tidak lagi mengenali susuk tubuh AIC seperti yang aku kenali dulu. Adakah AIC masih berniat sedemikian? atau AIC benar - benar menjadi wadah tempat anak muda mempertahankan pendirian DSAI. Aku juga pernah bertanya didalam mesyuarat AIC dulu. Adakah perjuangan AIC memperjuangkan susuk tubuh DSAI atau Prinsip DSAI?Jawapan itu juga masih kabur. Apakah agenda AIC sebenarnya. Kenapa AIC semacam menjadi mangsa disini? kerana taknak pisang berbuah dua kali. fikir - fikirkan.

15 Sep 2010

Penyangak kad pengenalan dan kerenah bank

02/09/2010 aku kehilangan kad pengenalan diri (I/C) dan beberapa kad penting yang lain. 03/09/2010 aku pergi ke JPN untuk buat IC baru. Layanan kepada pelanggan amat baik. Malangnya undang - undang yang dibuat oleh kerajaan amat menyusahkan orang ramai. Orang yang kehilangan IC pastilah berada didalam kesusahan. Nak keluar duit perlu guna IC, nak buat lesen perlu ada IC, nak buat apa - apa perlu IC. Untuk dapatkan IC sementara aku perlu bayar dulu kompaun yang dikenakan. Memanglah ada borang rayuan. Jika kompaun bernilai RM210 boleh rayu RM110. Tapi wajarkah duit dibayar sebelum dapat IC sementara? tak bolehkah dibayar sewaktu nak ambil IC sebenar? Untuk dapatkan duit bayar kompaun perlu pergi bank. Nak ambil duit di bank perlu IC sementara atau tetap. Jika nak dapatkan IC sementara orang ramai perlu bayar dahulu, bagaimana mahu cari duit? jawapan kerani yang bertugas" perlu pinjam dari sesiapa dulu kemudian bayar". Perlukah orang susah di bebani dengan meminjam dengan orang lain pulak? Kenapa tak permudahkan pembayaran sewaktu nak ambil IC sebenar? itukan lebih mudah. Sesiapa yang nakkan IC sebenar pasti akan berusaha untuk dapatkannya. Kenapa kerajaan begitu takut orang ramai taknak bayar? sedangkan IC sementara hanya sah selama 3bulan saja. Proses dapatkan IC 10hari.
IC rosak
IC rosak ini memang banyak berlaku. JPN menghasilkan IC yang tidak berkualiti. IC cepat rosak. Bank pulak lagi pelik, dulu asal ada IC boleh berurusniaga tapi sekarang nak berurusniaga cip IC perlu baik. kalau rosak tak boleh berurusniaga. Bayangkanlah betapa siksanya!!! Bila IC rosak orang ramai perlu buat IC baru. JPN ada bisnes. Orang ramai yang keluar duit. Pakcik2 dan Makcik2 dikampung lagilah naya... alangkah teruknya berada dibumi Malaysia yang hampeh ini..

Kerenah Bank
Bila nak pergi Maybank aku dapat bayangkan akan kerenah birokrasi yang akan dihadapi oleh orang yang susah macam aku ni. Kalau bukan dicawangan yang kita buka dokumen sokongan diperlukan. Nasib baiklah aku dah tukar cawangan yang berdekatan. Jadi, di Maybank masalah tidak banyak berlaku. Bila aku pergi ke CIMB cawangan Bandar Puteri Puchong, no giliran hanya berbeza satu saja. Tetapi terpaksa menunggu selama sejam kerana kaunter akan melayan mereka yang nak buka akaun dulu. selama sejam menunggu bila orang yang nak buka akaun baru habis barulah yang hilang kad atm pula dipanggil. Bayangkan pelanggan yang hilang kat atm yang sudahpun melanggan perkhidmatan CIMB dilayan kelas dua sebaliknya pelanggan baru dilayan bagai 'anak emas'!. Bila tiba giliran aku dipanggil lain pula kerenahnya. IC sementara perlukan dokumen sokongan seperti surat beranak atau lesen memandu. Sudah jatuh ditimpa escalator pulak!!!. Penyelesaiannya, aku tutup akaun CIMB. Kalaulah seribu orang menutup akaun CIMB bayangkan berapa banyak CIMB akan kerugian. Mana letaknya otak pegawai tinggi CIMB yang buat 'law' tu. yang peliknya, nak tutup tak perlu dokumen sokongan nak wat kad atm hilang perlu dokumen sokongan. Bodoh yang amat sangat. Patutlah Maybank lebih maju dan bertambah maju CIMB bertambah mundur dan bengap!!!

5 Sep 2010

Tindakan berani penuh tanggungjawab

Semalam aku mencuba untuk mencalonkan diri bertanding ketua amk kelana jaya walaupun tidaklah selayak manapun. tetapi sekadar ingin menyekat calon yang suka fitnah dan kaki projek daripada menjadi ketua. Tanggungjawabku selesai untuk itu.

aku tidak terkilan kerana calon bawa perangai umno kedalam pkr khususnya kelana jaya tetapi aku amat terkilan kerana orang yang layak menyekat telah tarik diri disaat akhir. Dan calon itu lebih utamakan strateginya untuk memanjat tangga politiknya dengan cepat. Walaupun beliau tahu AMK KJ akan rosak.

Seperti biasa, aku tiada apa dalam parti dan parti tiada apapun dalam aku. Perniagaan aku lebih utama. Perniagaanku tak perlu menyuap rasuah untuk dapat projek. Tak perlu ampu orang itu dan ini. Tak perlu politik untuk terus hidup. Jadi, kegagalan aku menjadi calon tidaklah ada apa maknapun. Selama ini pun aku hanyalah aktivis tak bergaji untuk parti. Hanyalah calon payung terjun yang cuba melawan calon berjiwa umno  bertopeng PKR.

Sebelum menang PRU yang lalu, PKR penuh dengan kekuatan dan jiwa dan semangat mendokong prinsip parti. Selepas menang, membuak - buak mereka yang kejar projek berdamping dalam parti. PKR Kelana Jaya aman dan tenteram. Tetiba saja setelah 2 tahun menang di Selangor, PKR tidak seharmoni dulu lagi. Terasa juga rindu saat - saat bekerja sewaktu belum menang. Rasa seronok PKR kalah daripada PKR menang!!!.

Untuk pertandingan di peringkat cabang atau pusat tidaklah aku ambil pusingpun. Sekadar mendengar cerita dan berita dari sahabat seperjuangan. Tidak team itu dan team ini. cuma, nampak perbezaan adalah kerana sewaktu kalah dulu Ketua tidak dicabar dan tercabar!!! bila sudah menang sudah ada pencabar tetapi yang dicabar sudah tiada. Tinggallah kosong untuk diisi oleh seseorang. Siapapun yang akan mengisi kekosongan tidak juga aku ambil pusing. Dan tidak juga aku terasa nak bertanding. Sebab aku bukanlah orang politik sepenuhnya. Sekadar mengikut sahabat berpolitik kepartian.

Mesej yang ingin aku sampaikan pada pemilihan nanti pasti undi aku dan rakan - rakan. Hak aku sebagai pengundi akan digunakan sebaiknya. Yang pasti team yang lemah dan bodoh tidak akan aku undi. Walaupun team lemah dan bodoh ini orang yang baik - baik tetapi mesej amat jelas perlu diajar supaya perlu menjadi berani untuk mengekalkan keadilan dan kebenaran.

Aku fikir, perubahan demi perubahan pucuk pimpinan cuba usahakan, rasanya PKR tidak mampu berubah dengan lebih baik selagi pemimpin yang berjiwa rakyat terus lemah sebaliknya penyangak semakin hebat mengambil tempat untuk naik hirarki parti. Kemanalah hendak pergi pemimpin berjiwa rakyat jika hanya sekerat dua sahaja yang berada didalam sebaliknya dipenuhi dengan sampah sarap yang kotor!!!

5 Jul 2010

MB dan aku

MB tempat aku dilahirkan:


MB tempat aku dibesarkan:


MB tempat aku cari makan!!

29 Jun 2010

Nasib peniaga melayu

Aku adalah peniaga melayu. Perniagaanku tidaklah dibanggakan sangat. Kira kategori paling hampeh dalam perniagaan. Aper lagi kalau bukan berniaga tepi jalan!. Rasanya beratus ribu peniaga melayu yang berniaga macam aku. Entah kenapa begitu ramai peniaga tepi jalan tapi nak cari yang ada rumah kedai amatlah kadang - kadang kata P. Ramlee. Bila sebut melayu maka ianya berkait rapat dengan pertubuhan melayu, parti melayu dan macam - macam melayu lagi. Kenapa berkait? sebab mereka semua kata berjuang untuk orang melayu!. Persoalannya, kenapa begitu ramai peniaga melayu yang terhegeh - hegeh berniaga ditepi jalan lagi tanpa ada orang yang membantu?. Tak bolehkah dikutip peniaga - peniaga niey diberi bimbingan dan modal dan ditempatkan dirumah kedai kerana mereka ini bukanlah baru nak mula berniaga. kekadang tu ada yang dah 10tahun berniaga tapi disitu juga. Kalau mereka tak berdaya maju kenapa tak majukan? kalau mereka tak mampu bersaing kenapa tak saingkan? kalau mereka tak mampu berfikir kenapa tak diberi buah fikiran?rasanya lebih berbaloi tolong mereka yang sudah lama berniaga ditepi jalan daripada mereka yang baru nak berniaga. Kerana mereka yang baru nak berniaga belum tentu minat berniaga. tetapi mereka yang dah lama berniaga; berniaga sudah menjadi periuk nasi dan minat yang mendalam.

Kalau nak harap kerajaan pusat alamatnya 5othn lagi tak selesai. elok rasanya kerajaan negeri pimpinan PR mulakannya.

Azmin Ali Pengerusi PKR Negeri, Tan Sri khalid Ibrahim MB

Tahniah diucapkan kepada Pimpinan PKR Pusat kerana telah melantik Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Negeri dan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai MB. Sebenarnya, perkara ini bukan saja perlu pada MB Selangor saja tetapi kepada YB - YB yang banyak sangat pegang jawatan sehinggakan tak terlarat untuk diuruskan. Seeloknya, YB - YB ini boleh fokus pada jawatan yang disandang. 


Idea ini sebenarnya sudah lama aku fikirkan cuma baru sekarang ianya menjadi realiti. PKR membuat keputusan yang tepat. Kata MB "Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti,". Amat setuju sekali dengan kenyataan MB.  PM mengwar - warkan slogan berfikir diluar kotak tetapi bertindak macam katak dibawah tempurung sebaliknya Pemimpin PKR yang berfikir diluar kotak!!. Makanya, pemimpin UMNO terkejut beruk dan melenting dan terkinjal - kinjal untuk menjaja isu bahawasanya PKR bergolak. 


Sememangnya Tan Sri Khalid agak baru dan lemah didalam politik tetapi beliau amat berkesan menerajui negeri.  Sebab itulah dari segi politik ada kecacatan yang berlaku. Tetapi secara keseluruhan beliau memang hebat sebagai MB. Dibawah pentadbiran beliau, UMNO tidak mampu untuk bersuara dan kaku seribu bahasa. Cuma ada sekor yang cuba bersuara tetapi dipatahkan disebabkan beliau masa jadi MB dulu lembik macam penyapu!. Aku yakin, MB tak kecik hati dengan situasi begini. Dan aku juga yakin, MB kita memang orang yang boleh menerima pendapat orang. 


Azmin Ali merupakan pemimpin yang hebat juga didalam politik. Amat bertepatan sekali beliau dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri. Dengan pengalaman yang beliau ada membuatkan UMNGOK gerun dan kecut perut. Sebab Azmin merupakan pemimpin yang lantang dan bijak dalam sepak terajang politik. Diharap dengan kehadiran Azmin dapat menglembukan UMNGOK di negeri Selangor.


Kepada Tan Sri Khalid. Teruskan usaha anda, siapkan apa yang belum sudah.
Wassalam.

25 Jun 2010

Sesumpah + Lidah bercabang

Seronok tengok pemimpin macam niey. Kekadang kelakar pun ada.



2 Jun 2010

Peranan Malaysiakini, Harakahdaily dan Suara Keadilan: Gagal atau Berjaya?

Peranan surat khabar di internet merupakan satu saluran yang tidak boleh disekat oleh kerajaan kerana sebab - sebab tertentu. Persoalan disini kepada surat khabar milik PR atau bebas mampukah menyampaikan inspirasi masing - masing sampai kepada golongan sasar dan menarik minat pembaca?

Malaysiakini
Malaysiakini sudah lama bertapak. Beritanya selalu terkini dan menarik. Nampak bebas. Berperanan menjadi media alternatif kepada surat khabar kerajaan. Isunya pelbagai. Rasanya peranan Malaysikini memenuhi selera pembaca dan isinya banyak dan padat.

4bintang
Suara Keadilan
Lidah rasmi PKR. Isu - isu besar menjadi tajuk utama. Ikut citarasa aku, sebagai ahli PKR hati ini nak sangat baca surat khabar parti tapi malangnya persembahan tak berapa banyak. Dikirakan gagal untuk sampaikan aktiviti parti kepada masyarakat diluar sana. Tajuknya berkisar kepada isu nasional. SK gagal menyampaikan maklumat kepada pembaca. Tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk menerangkan segala aktiviti parti seluas - luasnya kepada pembaca.

1bintang

Harakahdaily
Yang selalu aku baca adalah muka depan. Isunya ditulis oleh penulis entah dari pembaca atau wartawan. Agak bagus juga. Kurang sikit dari SK tapi SK tak banyak tajuk. Perlu diperbaiki.

JKKK: lebih sudu pada kuah

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK merupakan satu jawatankuasa kampung yang menyelia sesebuah kampung. Pada zaman BN dulu, JKKK adalah lubuk untuk menjadi pemimpin BN. JKKK pada waktu pemerintahan BN sangat dibenci oleh masyarakat kerana peranannya lebih sudu pada kuah.

Pada kali ini JKKK sudah bertukar wajah dibawah kerajaan PR. Walaubagaimanapun, tidak banyak yang berubah. Peranannya tetap sama. Yang bertukar mungkin gaya dan lengoknya. JKKK dikebanyakan tempat tak kiralah dibawah BN atau PR selalunya lebih sudu pada kuah. Mereka ini lebih bersifat sebagai "Penguatkuasa". Agak - agak peranan sebagai Penguatkuasa mampukah merubah masalah sosial masyarakat?.

Sebelum PR menang PRU yang lalu, Pemimpin tempatan taraf JKKK Parti Islam SeMalaysia (PAS) amat suka dengan sikap tidak mesra pemuda. Sebagai contoh, jika ada pemuda yang berdating, kerja mereka adalah menangkap pesalah terbabit. Peranan sebegitu lebih bersifat penguatkuasa. Zaman berubah, bertindak juga perlu mengikut peredaran zaman. Sebelum anak muda buat silap adakah golongan JKKK ini mendekati golongan anak muda? Jawapannya tidak. Mereka lebih suka dengan kelompok 'ana' dan 'anta' mereka sepertimana ulasan saya sebelumnya. Bilamana golongan muda terdedah dengan masalah sosial, golongan jenis JKKK ini lebih suka bertindak sebagai 'Penguatkuasa'. Kenapa tidak ditegur secara berhemah? atau lebih mudah bergaul dengan mereka. Pasti golongan muda akan malu diri untuk berbuat jahat sekiranya kita berkawan dengan mereka.

Aku sebenarnya dah lupa nak tulis pasal isu ini. Tetapi disebabkan peristiwa 3jam yang lalu membuat aku teringat balik isu ini. Mana taknya, dah bertahun aku berniaga kat tepi jalan, Tempat yang sesuai aku pilih. tak sibuk. Biasalah peniaga kaki lima cam aku niey mana lagi kalau tidak kat tepi jalan. Tapi tepi jalan yang agak luas. Datanglah pulak sorang hamba Allah larang aku berniaga katanya nanti ada orang komplen. Aku dah agak. Pak Aji pakai kopiah ni mesti JKKK kampung atau seseorang yang punya kuasa. Rupanya memang betul. Kat situ ada Bilik JKKK. Mulalah JKKK ni tunjuk kuasa dia. Apalagi sebab tak ada kerja. Masalah sosial bersepah tak diselesaikan. Isu peniaga cam aku yang dia tunjuk belang. Peel perangai JKKK bukan baru hari ni aku kenal. Banyak sangat orang bercerita pasal JKKK. Dan aku pun bukan baru duk dalam jemaah PAS ni. Salah satu sebab aku sekarang berada dalam jemaah PKR sebab tidak mesra anak mudalah sebabnya. Pemimpin diperingkat Pusat berjalan betul tetapi diperingkat JKKK ni yang buat masyarakat berbulu dengan perangai mereka.

Sekarang aku guna kuasa blog untuk menulis. Tak kiralah ada orang baca atau tidak tetapi aku sudah sampaikan kepincangan yang dah lama berlaku dalam kepimpinan PR setiap kawasan sebagai luahan hati aku sebagai pembetulan. Ubahlah, jika nak memerintah lebih lama. Rakyat tak suka cara sebagai penguatkuasa. Bagaimana masyarakat benci polis begitulah mereka akan benci pendekatan Penguatkuasa.

Aku ni peniaga yang tak main belasah berniaga tempat orang tak suka. Aku akan pilih tempat yang tak menjadi rungutan orang. Jadi, lokasi yang aku pilih menurut perkiraan peniaga adalah tempat yang boleh berniaga. Dari Utara sampa Selatan, Timur ke Barat aku berniaga. Tiba di Padang Jawa berhadapan dengan kerenah JKKK.

Satu lagi yang aku perhatikan, cuba kita bandingkan pekan melayu dan pekan cina. Yang mana satu suasananya hidup hingga ke malam?. Kalau di Pahang ambil contoh Bandar Triang (Bandar Cina) dan Bandar Maran (Bandar Melayu). Bandar Maran pukul 7.30 dah sunyi sepi tetapi Bandar Triang sampai lewat malam. Salahsatu sebabnya ialah kerana kerenah birokrasi orang melayu macam JKKK kampung inilah. Kat Bandar Triang bebas untuk berniaga asal jangan berniaga ditempat yang tidak sepatutnya. Tapi kalau bandar melayu macam - macam tak boleh. Terlalu lurus dengan orang melayu sama melayu. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua tak boleh.
Kalau di Selangor perbezaan amat ketara antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Di Subang Jaya, peniaga tepi jalan tidak terlalu lurus bendul. Tetapi kat Shah Alam pantang ada peniaga tepi jalan kerja dia nak Angkut atau saman. Ramai orang melayu berasa selesa berniaga di MPSJ berbanding MBSA yang banyak kerenah. Kononnya nak bersih dan ikut peraturan. Kata peniaga - peniaga "orang melayu tak pandai rasuah". Maknanya, Rasuah tak jadi masalah. Isunya bukan kerana bersih tetapi fulus!!!!.

Baru - baru ini keluar surat khabar peniaga CROCS kena tahan kat Kuala Kubu Bharu. Katanya " peniaga berkenaan nak rasuah selipar tiruan". Agak - agak anda, kalau peniaga berkenaan rasuah duit beribu - ribu lepas tak?. Pasti lepas. Sebab peniaga tu nak rasuah tak berbaloi dengan urusniaga rasuah maka peniaga berkenaan kena cekup dan masuk surat khabar. Agak - agak jugalah, selesai tak masalah CROCS atau apa - apa yang tiruan dengan penangkapan ikan bilis sebegitu?. Jawapannya juga tidak. Kerana kalau nak tangkap pergilah tangkap pembekal besar. Tangkap satu pembekal besar selesai semuanya. Pembekal besar tak ramai pun. Dan tak juga susah nak tangkap. Tapi Penguatkuasa dapat habuan besar.

24 Mei 2010

GAS, GAO, GAA, GAPR: Siapa dibelakang?

Sekarang aku menulis sewaktu riuh rendah pula MIC dengan isu Gerakan Anti SAMY (GAS) di dada - dada akhbar. Sebelum kita lihat lebih mendalam isu ini, baik kita susur dulu perjalanan selepas PRU 2008.

Selepas BN kalah didalam PRU 2008 dibawah pentadbiran Pak Lah, muncul gerakan yang ingin menjatuhkan Pak Lah. Kita singkatkan gerakan itu sebagai Gerakan Anti PakLah (GAP). Agak - agak, siapa yea disebaliknya?. Selepas PakLah ditumbangkan, Gerakan ini pula merancang untuk jatuhkan Kerajaan PR di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan secara berkala. Perancangannya mestilah bermula kepada negeri yang mudah ditawan dulu iaitu yang mana kerusinya tidak banyak untuk dibeli. Tidak lain dan tidak bukan, Perak merupakan kerusi PR yang tidak banyak berbanding BN. Maka, Perak harus ditumbangkan dahulu. Secara ringkasnya, Perak pun tumbang setelah Pengerusi BN negeri bertukar tangan daripada Tajol Rosli kepada Najib Tun Razak.
Strategi serampang dua mata digunakan. Strategi menjatuhkan Kerajaan PR dan menjatuhkan Presiden MCA, MIC dan UMNO. Presiden UMNO sudah dijatuhkan, tinggal lagi Presiden MCA dan MIC. Bulan lalu, Presiden MCA sudah pun dijatuhkan. Kini tinggal lagi Presiden MIC yang begitu liat. Untuk jatuhkan Presiden MIC tidaklah sesukar menjatuhkan Presiden MCA. Ini kerana Presiden MIC tidak disukai oleh orang luar dan dalam MIC sendiri. Sama seperti PakLah. Sepatutnya, Presiden MIC yang harus dijatuhkan dulu tetapi perancangan beralih arah kepada Presiden MCA dulu kerana Presiden MCA hampir - hampir menjadikan Skandal PKFZ yang boleh meruntuhkan BN. Maka, Presiden MCA didahulukan, Penjatuhan diUtamakan. Selepas Presiden MIC jatuh, ada seorang lagi individu yang mesti dijatuhkan. Individu ini jika dijatuhkan maka, Kejayaan besar untuk menguasai semua ruang dalam komponen BN tercapai. Siapa agaknya yea? cuba jeling ke Sarawak!! Sudah pastilah KM Sarawak Taib Mahmud!!!!. Tunggu................
Tadi sudah dijelaskan strategi serampang dua mata. Iaitulah strategi menjatuhkan PR.
Ada 3 individu perlu dijatuhkan, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan juga Lim Guan Eng.
ketiga - tiga individu ini akan diserang secara berselang seli. Dari segi negeri pula, selepas Perak, mereka menyerang Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Negeri yang lebih mudah adalah Kedah. Jadi, bersiap sedialah dengan Gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan PR Negeri Kedah yang sedang berlangsung sekarang!!. Pulau Pinang masih kukuh selepas terkena serangan tetapi kubunya sudah semakin lemah berbanding dulu. Selepas Kedah, serangan akan dihalakan sekali lagi ke Pulau Pinang dan seterusnya Selangor.

Oleh itu, DSAI, TGNA dan Lim Guan Eng harus membina kubu yang lebih kuat untuk mempertahankan serangan. Kerana serangan ini dirancang dan diarah oleh pakar dari Yahudi yang mengatur langkah diperingkat Dunia. Yahudi ini merancang begitu hebat membantu saudaranya di Malaysia yang memerlukan pertolongan untuk menguasai bahagian Asia Tenggara selepas Singapura sudahpun didalam genggamannya. Dan siapakah pula individu disebalik gerakan - gerakan ini? tepuk dada tanyalah diri sendiri.
.

PAS: Kurang memberangsangkan?

Selepas 2 tahun PR mencipta kemenangan, masih banyak lagi yang harus diperbetulkan. Diperhalusi serta disusun agar tampak lebih kemas dan teratur. Jika dikira peranan yang dilakukan antara ketiga - tiga parti komponen selain 2 parti baru gabungan PR, ada sedikit kelemahan yang perlu diatasi.

Disini, ingin disentuh adalah peranan PAS dalam mendapatkan undi orang melayu. Sepanjang pilihanraya kecil selepas PRU yang lalu, tampak dengan jelas undi melayu begitu merosot kepada PR. Sungguhpun undi kaum muda masih mendominasi undi untuk PR tetapi ianya amat membimbangkan. Jika diukur kepada parti manakah yang harus mencuit hati pengundi melayu pastilah letaknya dibahu PAS dan sebahagiannya PKR. Tetapi PAS lebih layak untuk menguasai golongan melayu ini.

PAS amat berperanan keatas sikap dan mood pengundi melayu secara dasarnya. PAS nampaknya kurang menyerlah sedari awal lagi untuk menarik pengundi melayu. Pasti ada silapnya. Dimana? cuba dianalisis dan di mortemkan, banyak juga sebabnya. Peranan yang dimainkan tidak begitu menyerlah. Masakan PKR yang baru setahun jagung lebih banyak mendapat kerusi berbanding PAS dan DAP yang sudah lama didalam persada politik tanahair. Tidak dinafikan PAS mempunyai rekod yang bersih. Tetapi rekod bersih bukanlah syarat kejayaan. Tetapi rekod yang bersih mestilah disertakan dengan strategi dan tindakan yang betul untuk berjaya. PAS harus mengkaji dimana silapnya. Adakah masyarakat tidak menyukai PAS?. Adakah PAS tidak cukup baik? adakah PAS parti pak lebai? adakah PAS tidak berjiwa rakyat?.

Didalam banyak - banyak persoalan rasanya bukan itu yang dicari. Hanya satu perkara yang kurangnya didalam PAS. PAS tidak mempunyai strategi perang yang betul. Memang benar PAS mempunyai jentera yang jauh lebih hebat daripada DAP ataupun PKR..tetapi PAS harus lebih dari itu. Bukan sekadar jentera yang kuat saja tetapi memerlukan seorang jeneral yang mampu merobek kubu lawan dengan berkesan. Ada benarnya juga kata - kata YB Zul Noordin dari Bandar Baru Kulim. PR dalam mood penafian walaupun bukanlah betul 100% tetapi ada benarnya juga. Pengakuan DSAI tentang ada sedikit keretakan dalam PKR adalah perkara yang ingin didengar oleh rakyat.

Masih ingat lagi sebelum 16Sept PR amat teguh sehinggakan dirasakan begitu sukar untuk direbah. Ianya mula pincang apabila Perak jatuh ketangan BN dalam siri rampasan kuasa yang boleh dikatakan riak - riak kecil tsunami di Negeri Perak. Selepas itu, PR menari mengikut rentak BN.

DiSelangor, PAS dipimpin oleh YB Hassan Ali dari Gombak. Kepimpinan YB Hassan Ali pada awalnya nampak goyah. Diikuti oleh isu sessi risik merisik antara pimpinan UMNO dan PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak menjadi. TGNA memainkan peranan mematikan isu kerajaan perpaduan. Mujurlah sekatan yang dilakukan oleh TGNA dapat mengelak dari ahli - ahli PAS terus bersengketa sesama sendiri. Sekarang, ahli - ahli PAS tidak lagi semesra dulu. Kesepakatan tidak lagi seintim dulu. Jika dulu, sengketa hanya secara diam tetapi sekarang nampak kepada umum. Amat perit juga untuk membetulkan keadaan yang dibuat oleh geng kerajaan perpaduan. Yang membuatkan ahli hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan yang ada selepas muktamar yang lalu. Sudah 2 tahun berlalu, PAS nampak semakin baik tetapi kurang berkesan didalam membawa isu - isu umat islam di Selangor. Tak tahulah adakah ini kerana kelemahan pimpinan yang ada atau sebaliknya. PAS nampak lesu apabila berdepan dengan UMNO. Rasanya, PAS memerlukan seorang Jeneral perang yang hebat untuk membawa wadah PAS lebih kedepan berbanding UMNO. Pernah juga aku bertanya kepada seorang ahli PAS yang amat optimis bekerja untuk PAS sebelum kemenangan. Katanya" selepas ini jika pemimpin suruh buat kerja, jentera PAS memang buat tapi bukan percuma lagi, kena bagi upah" dengan nada kecewa dengan cara pimpinan PAS. Ahli akar umbi PAS yang bekerja kuat memenangkan PAS begitu kecewa dengan permainan politik di setiap Kawasan. PAS sama seperti PKR juga, baik diperingkat Pusat tapi buruk di peringkat Kawasan atau Bahagian.

Ketua Pemuda PAS selepas YB Sallehudin Ayub

Penggantian KP PAS selepas YB Sallehudin pun memainkan peranan juga. Sewaktu era YB Sallehudin dulu, Pemuda PAS nampak sangat garang dan bertenaga. Pada zaman Ustaz Nasrudin Tantawi Pemuda nampak masih bertaring cumanya Ustaz Nas sedang mencari rentak mengikut iramanya. Aku juga sebenarnya peminat kepada Ustaz Nas ini. Kerana suara ustaz Naz serak - serak macam TG Haji Hadi kita (Presiden PAS). Dan aku juga merupakan pengundi yang mengundi Ustaz Naz di Parlimen MARAN pada PRU yang lalu. Rasanya, zaman kegemilangan PAS dibawah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor beluim lagi nampak kegemerlapannya sekarang. Kena tunggu Muktamar lagi untuk pemilihan pimpinan yang akan datang. Kepimpinan yang ada sekarang pada pandangan aku nampak seperti separuh masak. Ada yang bagus dan ada yang tidak menyerlah!!.

Sebagai pemerhati aku lebih fokus di negeri Selangor kerana aku berada dan tinggal di negeri Selangor. Hati tak puas tengok pimpinan PAS bekerja di Negeri Selangor ini. Lesu dan tidak bermaya. Hanya sesekali ngauman dari PAS yang memecah kesunyian politik Selangor. Sebenarnya, jika digembleng kekuatan PAS dinegeri Selangor, PAS mampu menjadi idola setiap masyarakat di Selangor. Hanya ada satu individu yang begitu nyaring iaitu AP Shah Alam. YB Khalid Samad. Kini taringnya dah ditumpulkan. Tunggu habis edah dulu. Harap YB Khalid Samad masih lantang selepas ini menggegarkan bumi Selangor dengan isu - isu yang panas. Memang diakui YB PAS memang kuat bekerja untuk rakyat. Tetapi kerja saja tidak memadai. Perlu pandai berpencak silat berpolitik. Barulah digeruni kawan dan lawan. Lihat saja TGNA. Karektor yang sangat hebat. Digeruni kawan dan lawan. Tak tahulah selepas ini ada lagikah Guru Pondok yang akan berada dipentas politik menggantikan TGNA.

Kelompok Ana dan Anta

Salah satu faktor yang aku lihat dari dulu sampai sekarang adalah jemaah PAS lebih suka dengan kelompoknya sahaja. Tidak mahu keluar berdampingan dengan masyarakat dan ahli UMNO. Jika anda boleh  menyebut ANA dan ANTA didalam komunikasi, nescaya anda dekat dengan kelompok PAS. Jika tidak, anda pasti jauh dari PAS. Inilah yang menyukarkan PAS bergerak. Kelompok ANA dan ANTA masih kuat kepuakan. Tidak mahu bermasyarakat. Jadilah penyokong tegar PAS dalam komuniti tersendiri. Cuma, sejak banyak golongan Professional berada didalam PAS dan kewujudan pula Dewan Orang Bukan Islam nampak sedikit wajah keAnaan dan keAntaan berkurangan. Tapi masih ada lagi.

Ini adalah komen aku secara ikhlas demi kemajuan PAS. Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari aku. Yang baik itu ambillah dan yang buruk itu aku mintak maaf. Maklumlah, aku ini penulis suka - suka. bukanlah penulis professional. Sekadar memenuhi masa lapang dan hobi menulis.

Majulah PAS untuk ke PUTRAJAYA

23 Mei 2010

"You help me, I help U": no relevan

Aku sebagai hakim di alamaya ini telah memutuskan bahawasanya Tok Jib kita tidak bersalah. Meminjam kata - kata Augustine Paul "No Relevan". Cumanya, aku belum pasti lagi alasan apakah yang akan direka oleh SPRM untuk mentidakbersalahkan Tok Jib nanti. Kenapa perlu aku hakimi dulu? Sebab dah tau dah apa keputusannya sebelum SPRM buat keputusan. Oleh itu, cukup - cukuplah untuk memperbodohkan rakyat. Kami rakyat malaysia bukan macam zaman Jepun dulu. Yang tak tau apa - apa perkembangan semasa. Ruang maya ini juga telah banyak mendedahkan kebobrokan UMngok.

Zaman kediktatoran sudah bermula

Jika dulu, zaman CheDet kita hidup dengan keazaban oleh penganiayaan beliau kepada rakyat. Selepas ketuaan beliau yang tidak mampu lagi melawan kemaraan pihak PR maka, CheDet berhenti sebelum dia nazak dalam politik. Lalu digantikan dengan zaman PakLah yang serba lemah dan lembik. Setelah rakyat baru saja hilang sesak nafas, datang pulak PM yang serba lemah lembut dan penuh gemalai memimpin Malaysia dengan kebodohan. Kini, hadir pula seorang PM yang dipimpin oleh seorang yang bergigi lembut berhati ganas. Yang mana PM kali ini lebih buas. Nampak tenang bila duk jauh tapi akan kena baham bila kita mendekatinya. Macam harimau lapar yang tak diberi makan. Taktik dan kelicikan PM kali ini agak merbahaya kerana dibantu oleh Agen Yahudi yang dilantik secara langsung didalam hal ehwal kerajaan Malaysia. Kalau PM dulu bermuka - muka atau merasuah pengundi secara 'lempar batu sembunyi tangan' tapi kali ini, PM kita secara terang - terang lempar duit terang - terang. Hanya pengundi tunggul kayu yang masih lagi bersama PM kita ini. Buruk pada negara kita bilamana PM kali ini dinasihatkan oleh isteri tercinta. Tidak seperti sebelumnya dinasihat oleh menantu.

15 Mei 2010

Politik yang dikotorkan

Politik dalam masjid
Zaman Rasullullah S.A.W berpolitik dan banyak perkara lagi dibuat dimasjid. Pendek kata, sudah menjadi kebiasaan masjid bukan saja menjadi tempat untuk sembahyang dan mandi mayat saja. Tapi, dizaman sekarang, masjid terhad hanya untuk sembahyang, mandi mayat atau akad nikah. Skopnya lebih sempit. Kenapa ianya menjadi sempit? kerana pemerintah dinaungi oleh golongan sekular. Bukan dari susur galur risalah Rasul. Di Kelantan, MB adalah merupakan seorang yang setuju dengan fungsi masjid sebagai tempat serbaguna untuk apa - apa aktiviti melainkan yang dimurkai Allah S.W.T. Sebab itulah, bila berada di Serambi Mekah terasa tenang dan damai. Di lain - lain negeri yang sudah berada seolah - olah dalam zaman gelap jahiliah, memerlukan masa untuk Islam menjadi syiar.

Pro dan Kontra antara ulama
Dato Harun Din tidak bersetuju DAP menggunakan kalimah Allah tetapi sebaliknya bagi TGNA. Disini bagi orang yang jahil akan nampak perpecahan didalam PAS sebaliknya, mereka yang memahami perbezaan pendapat antara alim ulama adalah perkara biasa yang bukanlah isu besar. Kesan dari isu ini juga, akan ada ahli yang keluar PR dan menyertai UMNO. Yang menjadi kepelikan, keluar dari lubang najis yang bersih masuk dalam lubang najis yang penuh dengan tahi - tahi yang mereka sendiri tahu sewaktu didalam PR. Apa didalam fikiran mereka? cara berfikir bagaimana yang mereka gunakan? Sifir matematik apa yang mereka guna? Sewaktu isu kalimah ALLAH dulupun kesannya ramai keluar PR menyeberangi BN yang memang terang munafik dan menentang Islam dan hukum Allah. Samaada siapa yang betul tidak penting. Samaada TGNA atau Dato Harun Din tetapi disini bezanya kelebihan TGNA membawa risalah Islam. Jika perkara yang beliau tidak setuju walau siapa yang memberi pendapat beliau akan tegur berpandukan akal ilmiah beliau. Politik yang dibawa oleh TGNA amat bagus dan menjadi satu reformasi tanpa sedar dalam gerakan islam. Tidak hanya mengangguk mengiayakan jika pendapat itu datangnya dari pemimpin PAS sendiri.

Peluk bini PM dan peluk bekas PM
Agak kelakar sedikit tengok gelagat pemimpin tertinggi negara di Malaysia ini. Zaman Paklah dulu, kita menyaksikan Paklah suka peluk perempuan. Maka, banyaklah terpampang gambar Paklah peluk orang itu dan orang ini. Zaman PM Terrorist pula, Bini pulak suka peluk orang itu dan orang ini. Maka, banyaklah terpampang gambar peluk orang itu dan orang ini. Sedih tengok. Bukan sedih tengok dia peluk tapi sedih fikir bagaimanalah pengundi boleh pilih pemimpin PELUK - PELUK!!!.

Cara fikir pengundi
ini lagi satu yang agak mengelirukan. Apakah kriteria yang pengundi letak sewaktu mengundi. Terang dan jelas PM kita ada bersabit dengan pembunuhan yang tidak dihakimi lagi. Samaada betul atau tidak tetapi PM Malaysia memilih untuk tidak dihakimi. Dalam pemerhatian, nampak benar PM kita ni seorang yang pengecut dan bacul. Mungkin juga Dayus kepada rakyat malaysia. Kekadang tersenyum sorang - sorang tengok air muka pengecut selalu keluar TV. Tengok pula muka orang melayu yang masih lagi majoriti mengundi PM terrorist terfikir, kenapalah dangkal sangat minda orang melayu. Inikah sebuah bangsa yang hebat? bangsa yang bertamadun? Kekadang malu kat negara lain. Amerika yang jahat itupun, jika ada skandal maka masaklah kena gasak dan kena letak jawatan. Di Malaysia, Pemimpin yang poyo macam tu boleh rileks jea lagi dengan muka tak malu!!.

Ahli Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Internet
Jika dibandingkan AP Malaysia dengan AP internet, rasanya AP internet lebih matang berpolitik. berpencak silat digelanggang internet. Tak mudah gelabah. Tenang mengawal situasi dan emosi. Sebaliknya, AP malaysia bila saja Parti yang mereka naungi bermasalah, dengan penuh gelabah dan kadangkala tu nampak macam kebudak - budakan mereka akan keluar parti mereka dan lompat parti lain. Pulak tu, AP jenis lompat ni bukan kecik - kecik anak belajar. Ada yang bergelar Prof la, Dr la, Ir la, dan bla..bla..bla. Tapi mudah melatah. Strategi ni berlaku sejak Yahudi mengawal Malaysia disebalik tabir Kabinet Malaysia. Tidak akan ada kesudahan selagi belum tembakan mula PRU. Skrip mereka guna lebih kurang sama. Tetapi ada seorang AP yang aku respek. YB Manikavasagam. Beliau akan tegur parti dan kerajaan negerinya tetapi tetap setia dengan Partinya. Itulah tindakan yang betul dan bijak. Bukan bertindak keluar parti. Itulah pemimpin yang kita tunggu - tunggu selama ini. Jika ramai pemimpin begini dalam PKR rasanya PKR akan mantap dan teguh!!.

4 Mei 2010

Dewan tolak usul

Aku pelik juga dengan Dewan - dewan tak kiralah negara ke negeri ke atau apa - apa dewan yang ada kat malaysia ni. Isu negara yang perlu dibahaskan selalu ditolak. Apa... dewan niey nak bincang isu apa? isu kencing tak lawas? isu warna seluar dalam? tak tahulah apa jenis dewan kat malaysia niey. Kalau Dewan sekolah tu kire oklah.

RM50ribu tiap bahagian MCA Perak

didalam Harakah, Setiausaha Secretariat PR Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menyatakan kerajaan Perak yang diterajui oleh MB haram Dato Seri Zambry telah bersetuju untuk menumbang RM50ribu kepada setiap bahagian MCA di Perak. Disini aku sebagai orang melayu, nak minta dengan PERKASA atas nama melayu, apakah taknak bersuara tentang hal ini? kalau PR yang buat pasti PERKASA akan mengaum. Lagu mano Barahim weii?. Kalu senyap gak, cabut batu pelir tuee.
Bila brahim guna pertubuhan melayu sebagai platform maka aku pun berhak juga keatas PERKASA. Sebab aku pun melayu. Jadi, Brahim kenalah menyalak juga pasal isu niey.

Kicdefella: membenarkan beliau penulis upahan

Pengakuan terbuka Kickdefella berhubung kenyataannya berkenaan bayaran RM4juta untuk menjatuhkan PakLah membuktikan bahawasanya beliau adalah penulis upahan. Persoalannya pula, sekarang siapa pula yang membayar kepada beliau untuk menyerang PAS Kelantan?. Ini juga harus didedahkan. Kerana penulis upahan menulis berasaskan upah. Selama ini beliau menulis kerana upah. Siapa yang upah tidak penting lagi. Yang penting kita tahu Kicdefella adalah penulis upahan.

Aku juga menulis tetapi tiada siapa pun yang mengupah.. Aku menulis kerana minat dan perjuangan. Ini salah satu cara perjuangan yang aku mampu buat. Bukan kerana PAS atau Keadilan upah. Maknanya, taraf Kicdefella dengan aku, aku lebih bermaruah!!.

Fikir - fikirkanlah apa yang ditulis oleh penulis upahan. Etika penting telah dijual dengan harga. Harga etika penulisan bagi aku tidak ternilai.

30 Apr 2010

Larangan ke Selangor:

Larangan yang dikeluarkan oleh Tuanku Sultan disambut dengan penuh cermat oleh semua rakyat keseluruhan. Ini kerana larangan itu datang dari titah Sultan. Sebelum ini ada satu larangan juga, datangnya dari Melaka tidak membenarkan seorang MB datang ke negerinya. Nampaknya larangan datang ke rumah semakin menjadi tempat buat masa ini.
Aku sebagai penduduk di Negeri Selangor menyambut baik tentang larangan kepada mereka yang tak nak ikut peraturan. Tetapi kalau ada unsur politik rasanya kena tambah lagi satu cadangan. Cadangan aku, Kena buat Kad kerakyatan ikut negeri. Ada pasport antara negeri - negeri.

Yang menjadi masalah sekarang apabila orang yang berkuasa melaksanakan undang - undang tidak bertanggungjawab. Faktor politik menjadi pengukur. Amanah yang diberikan dia tidak jujur. Semua orang jadi haru biru. Yang patut diletak sebagai pelaksana undang - undang adalah orang yang tidak berpihak. Sudah terang lagi nyata, politik dijadikan sandaran.

Cacamarba ini bukan saja memeningkan orang tua, nak menjawab dengan anak - anak esok pun pening. Entahlah apa nak jadi. Zaman nabi dulu ulama sangup dipenjara, itulah juga prinsip aku. Jika negara ini ada undang - undang BN bayar cukai berbeza dengan PR dan segalanya berbeza aku rasa itu lebih baik. Di Negeri Kelantan tempat kelahiran aku ada minyak. Dan jika tak ada minyak pun aku masih percaya dengan rezeki dari Allah. Lebih aman rasanya undang - undang untuk BN dan PR berbeza. Tak perlu sakit hati.

27 Apr 2010

PKFZ: ribut yang hilang tinggal rumah ranap

Macam biasa, PKFZ senyap sunyi. Dakwa 2-3kerat mereka yang terlibat, jerung dilepaskan. Keputusan mestilah bebas atau lepas. macam biasa. bekas exco perak dah pun bebas. itulah upah lompat parti. Oleh itu, marilah kita semua pakat - pakat rasuah. kerana di malaysia rasuah tak ada masalah. yang penting mesti ada connect dengan umno dulu.

Analisis kegagalan PRK du Hulu Selangor

Sewaktu aku mengikuti rombongan YB Xavier Jayakumar pergi perkempen dari rumah kerumah, masih banyak warga emas yang tidak tahu tentang Mesra Usia Emas yang diwujudkan oleh kerajaan negeri pimpinan PR. Kenapa ini berlaku? sudah tentu gerakkerja sebelum pilihanraya tidak sampai ke akar umbi. Sewajarnya, apabila  rakyat memberikan undi kepada kita, jangan sia - siakan peluang yang diberi. Secantik mana usaha kerajaan negeri menawarkan skim yang baik untuk rakyat jika tidak sampai kepada golongan sasar, tiada erti MUE diwar - warkan. Tidak semua rakyat yang mampu pergi mendapatkan borag MUE di pejabat Ahli Majlis atau pejabat YB. Sewajarnya, Penggerak Partilah yang harus turun padang ke setiap rumah yang memerlukan untuk diserahkan Borang MUE kepada mereka. Tidak semua rakyat yang mahu pergi menyembah kerajaan negeri untuk dapatkan borang MUE. Sewajarnya kitalah yang harus pergi kepada mereka.
bersambung

siasatan SPRM terhadap Ong Tee Keat ditutup

Hari ini didalam utusan meloya ditunjukkan graf perasuah yang didakwa. statistik menunjukkan lebih 500 kes didakwa. Persoalannya, berapa ramai ahli politik yang dihukum? yang didakwa memang ramai tetapi semuanya lepas atau bebas. Kenapa? wayang!!!! wayang semata - mata

Aminurrasyid: sambungan dari putar belit polis

Macam biasa, kes sebegini berlaku dan akan senyap begitu saja tidak lama lagi. Bukan sekali dua terjadi tetapi berulang kali. Kenapa? sebab pengundilah yang mengundi UMNO- Israel. Selagi pengundi mengundi UMNO - Israel, Selagi itulah Polis bermaharajalela. Jadikan uniform polis sebagai hak mak bapak dia. Rasanya pengundi belum sedar. Sebab di Hulu Selangor mereka masih mahukan polis tembak sesiapa saja. mereka mahukan perasuah boleh lepas begitu saja jika perasuah itu umno - israel. mereka mahukan imbuhan sementara apabila ada pilihanraya kecil. mereka. masakan, mereka masiih mengundi umno - israel.
aku sendiri pernah dilanggar secara sengaja sewaktu dalam perjalanan dari Triang ke Temerloh dengan menaiki motor RXZ bersama seorang rakan. Dengan angkuhnya trak polis itu melanggar motor aku yang berada didepannya. nasib baik tidak terjatuh. Jika terjatuh sudah pasti aku dan sahabat aku akan dituduh cuba melanggar Land Rover Polis.
Apa yang ada pada kita? kuasa undi!!!. inilah yang aku ada untuk menolak ketidakadilan yang berlaku.

Benjy satu lagi penganiayaan?

Sewaktu peringkat awal penahanan beliau, belum nampak lagi tanda - tanda unsur ketidakadilan kepada Benjy. Tetapi setelah menurut kenyataan Benjy mengatakan polis tidak cukup bukti untuk mendakwa beliau maka tidak hairanlah perkara seperti itu berlaku. Mantan TPM pun boleh diperlakukan lebih dahsyat lagi inikan pula insan yang bernama Benjy!!. Tidak mustahil polis mereka bukti. Ini adalah biasa. Sewaktu aku ditahan polis kerana tidak ada lesen motor dulu pun polis pernah mengugut benda yang sama. "aku boleh tahan kau dan letakkan dadah dalam motor  kau kalau aku nak!!". Begitulah herdik polis. Jadi, orang biasa seperti aku dah lali dengan herdikan polis sebegitu. Bahan bukti boleh direka mengikut kehendak mereka sesuka hati. Apalagi yang kita harapkan dengan badan seperti polis di malaysia?.

24 Apr 2010

Projek mee segera B ENd


inilah perangai B END. taburduit waktu pilihanraya lepas pilihanraya tinggal. 

Bilik Gerakan Ampang Pecah




Sambutan masyarakat India di Ampang Pecah

2hari yang lepas aku mengikuti rombongan YB Xavier Jayakumar bertemu pengundi di Taman Ampang Pecah. Pengundi india siap menunggu di muka pintu untuk bertemu rombongan dari PKR. Kalau mereka pengundi BN sudah tentu mereka tidak akan buka pintu. Ini menunjukkan majoriti masyarakat india menyokong PR. Sambutan memang sangat - sangat menggalakkan.

Pada masa yang sama jentera PKR bertembung dengan jentera BN sekitar 6orgshj sedang mengagihkan beras dan barang makanan lain sebagai umpan.

Semalam, jentera B END mengagihkan duit RM100 setiap rumah. Dan pada malamnya, jentera B END mengoyakkan bendera PKR di Tmn Ampang Pecah dan Tmn Ampang Indah.

Hari ini jentera BN tidak banyak kelihatan. Aku tidak tahu kenapa tetapi rasanya macam ada unsur - unsur sabotaj.

Lihatlah perangai BN Israel



Inilah kerja BN di UPU Ampang Pecah pada pukul 3.45pagi tadi. 



23/04/2010 BN bagi duit setiap rumah RM100 kat Ampang Pecah.

22/04/2010 YB Xavier Jayakumar turun padang berjumpa pengundi di JDM Ampang Pecah. Pengundi india siap keluar tunggu depan rumah. Kalau penyokong BN dah confirm tak buka pintu. Masyarakat india menyambut baik kedatangan YB Xavier. 

Laporan: Panglima Perang Latik
AJK AMK Kelana Jaya /JDM Ampang Pecah

19 Apr 2010

Popular kerana lompat bukan kerana kerja kuat

Hampir kesemua mereka yang keluar PKR, PAS dan DAP merupakan pemimpin tidak popular. Kebanyakan daripada mereka adalah pemimpin tidur dan bermasalah kepada parti. Dalam dunia perniagaan, kalau pemimpin sebegini yang memimpin organisasi perniagaan nescaya, perniagaan pasti bermasalah atau lingkup. Perlukah PR menyimpan pemimpin seperti ini? Bergunakah pemimpin seperti ini untuk masyarakat?  Berbaloikah UMNO mengambil sampah yang tidak berguna?

PR tidak berasa kehilangan besar sekalipun ramai yang keluar PR. Biasalah, hanya perasaan cemas sedikit sebanyak adalah lumrah. Kerana kesannya tetap ada. Tetapi tidaklah sampai runtuhnya organisasi parti. Pemimpin datang dan pergi. Parti tetap disitu. Anda yang keluar parti? lama kelamaan dilupakan orang. Ditelan zaman. Mungkin ada pun sorang dua yang dapat survive karier politiknya tanpa PR. Itupun hidup segan mati tak mau.

Sebagai pemerhati dan pejuang PR akar umbi, sewajarnya PR terutama sekali PKR harus meneliti dan memperbetulkan kembali cara kerja dan berfikir yang tidak sempurna itu. Dengar pandangan akar umbi. Jangan sombong diri. Berasa cukup hebat. Biasalah bila menang besar kekadang ada lupa diri. Apapun, aku pemimpin kecil masih berfikir matang. Mana ada hidup tidak ada masalah. Sekadar sedikit sebanyak masalah nak keluar parti, lebih teruk macam budak - budak tarafnya. Malulah sikit kepada pemimpin kecil macam aku niey. PKR perlu mengkaji kembali tindakan - tindakan yang agak keras kepala sebelum ini. Pengakuan DSAI tentang pergolakan politik dalam PKR harus diselusuri dengan perubahan. Aku juga percaya, Pemimpin atasan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Lihat saja setiap bahagian bergolak. Ada yang berpecah. Walaupun perkara ini adalah biasa kepada parti, bersambung...

75,000 Generasi kedua Felda akan dapat 10ekar tanah

HULU SELANGOR, 19 April: Nasib Generasi Kedua Felda akan dibela sepenuhnya sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat, menang dalam pilihanraya umum ke 13 dan mentadbir Putrajaya.

Seramai 79,000 orang generasi kedua Felda akan diberikan hak tanah 10 ekar setiap seorang dengan rancangan pengambilan semula tanah-tanah milik Felda Plantation oleh kerajaan negeri.

"Saya nak sebut malam ini, antara perjuangan anak ialah, menuntut kalau Pakatan Rakyat menang, kita minta supaya Felda Plantation yang menjadi anak syarikat Felda dimansuhkan supaya diberi anak-anak peneroka,"kata Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar).

Beliau berkata demikian kerana penubuhan Felda Plantation, yang menjalankan perniagaan, adalah bercanggah dengan dasar yang disebut oleh Bekas Perdana Menteri Tun Abul Razak Hussein pada 27 April, 1960.

Katanya, Tun Razak menegaskan Felda adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengeluarkan orang-orang Melayu dari kancah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Oleh itu katanya, menurut dasar yang dibentangkan oleh Tun Razak Felda hanya bertindak sebagai agen pengurusan semata, dan ia bukan satu badan perniagaan.

”Saya dah sebut dengan kawan-kawan yang memerintah negeri Selangor, termasuk baru-baru ini saya sudah berbincang dengan Ustaz Azizan Razak Menteri Besar Kedah.

"Kalau ini sudah jelas terma-termanya, kenapa tidak kerajaan negeri mengambil semula ladang-ladang Felda ini yang berjumlah 367,000 hektar,”jelasnya ketika berucap di Medan Niaga Sungai Tengi, di sini, semalam.

Kemudian, katanya, tanah-tanah tersebut akan diberikan kepada anak-anak peneroka, yang akan mendapat keluasan 10 ekar setiap seorang.

Felda Sungai Tengi terbahagi kepada dua iaitu Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Ketika peneroka Sungai Tengi boleh memiliki tanah yang mereka teroka, peneroka Sungai Tengi Selatan tidak kerana ia milik Felda Plantation. Mereka kekal sebagai pekerja Felda....--Buletinonline.net



Berita gembira ini sewajarnya disambut baik oleh generasi kedua Felda dengan azam dan tekad menerangkan kepada peneroka tentang perjuangan PR terhadap generasi kedua Felda. Marilah wahai anak peneroka sekalian sama - sama kita sebarkan risalah ini. Moga kita akan dapat tanah 10ekar. Dan aku percaya Najip tidak akan duduk diam. Percayalah senjata ini akan menembusi pertahanan depan Umno - Israel di Felda - felda yang menyokong kuat B End.


Blogger merupakan anak Felda Triang Satu, Pahang.

Satu lagi Kerusi PKR terselamat

19 April 2010, Isnin: 2 Hari selepas penamaan calon, seorang lagi pemimpin PKR dibeli oleh ajen UMNO - ISRAEL. Skrip ini sudah aku jangka dan pasti akan ada lagi selepas ini. Dr. Halili Rahmat merupakan bekas calon PKR di Hulu Selangor pada pilihanraya umum 2004. Bagaimanapun beliau tewas dan memang seorang pemimpin yang tewas.

Jika salah percaturan, tidak mustahil PKR akan kehilangan kerusi Hulu Selangor kepada BN sekiranya Dr. Halili Rahmat dicalonkan. Skrip ini dikisar agar PKR kalah sebelum hari pengundian. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku sebaliknya Dato Zaid Ibrahim dicalonkan. Dr. Halili Rahmat terpaksa juga keluar PKR tetapi bukan sebagai calon PKR pada PRK Hulu Selangor tetapi hanya sebagai Bendahari PKR.

Apa yang membimbangkan PKR dan PR dan tidak terlepas juga rakyat malaysia adalah disebalik tabir keadaan ini ada satu kuasa ghaib datang dari Israel yang merencanakan setiap perancangan jahat untuk menjatuhkan PKR dan PR amnya. Skrip ini diatur dan disusun oleh APCO dan dilaksanakan oleh Pak Jib. Amat bahaya kepada sistem pemerintahan di Malaysia kerana negara dikuasai oleh ISRAEL dalam menentukan halatuju. Perkara ini disahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato Nazri Aziz. Katanya pemilihan APCO adalah kerana ingin mendekati kuasa besar Amerika. Adakah kerana ingin bersalam dengan Barack Obama negara dijadikan cagaran?. UMNO - Israel bermain api dengan membawa bersama Israel kedalam urusan Malaysia.

PKR harus bekerja keras dan menjadikan agenda UMNO - APCO sebagai isu utama untuk diselesaikan. Jika dibiarkan, nescaya tidak mustahil PR akan tersungkur pada pilihanraya akan datang. Kerana kita bertempur dengan UMNO - Israel yang pakar dalam strategi perang dan politik dunia kelas satu!!

Satu hari tanpa air

Semakin maju sesuatu negara maka semakin alam sekitar tidak lagi terjaga. Pencemaran demi pencemaran yang disengaja atau tidak. Yang berlesen atau haram. Semakin berleluasa.
Air merupakan satu sumber utama kepada sesebuah tamadun manusia untuk maju. Tanpa air sesuatu kawasan tidak akan maju. Negeri Selangor merupakan negeri yang paling pesat membangun. Kepesatannya bersama pesatnya juga kegunaan air secara meluas samaada oleh industri berat mahupun pengguna biasa.

Kempen 1hari tanpa air merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menyedarkan manusia tentang betapa air penting dalam kehidupan kita seharian. Kenapa perlunya 1hari tanpa air? kerana jika kempen dilaksanakan tanpa ada rasa kesan kepada pengguna nescaya, percayalah! usaha pasti sia - sia. Apabila seharian kita ketiadaan air sudah pasti kita akan rasa betapa pentingnya air dalam kehidupan dan betapa pentingnya berjimat cermat. Dan didalam kempen 1hari tiada air itu juga, sewajarnya seluruh negeri Selangor samaada kerajaan negeri mahupun swasta bekerjasama menjayakan kempen ini dan seminar atau ceramah berkenaan air haruslah dijelaskan. Jika seminar dan kempen tidak disertakan dengan sekatan air selama sehari tidak dilakukan pasti pengguna tidak merasai betapa pentingnya air.

Kita juga bersyukur kerana MB Selangor kini adalah seorang yang cintakan alam sekitar. Perkara pertama yang beliau lakukan adalah dengan merawat sungai dan menjadikannya destinasi pelancongan di Selangor. Satu idea yang tak ada dalam kepala MB sebelumnya.
Jika kita berjalan - jalan sekitar Puchong pasti kita akan nampak betapa banyak lombong yang tidak dimajukan. Bayangkan jika dimajukan menjadi industri pelancongan!! bukankah lombong juga mendatangkan hasil mahsul kepada kerajaan negeri dan penduduk sekitarnya.?

Lembik? Tak Naik? Pendek? Kecil?

18 Apr 2010

Camping di Kerling sebelum PRU ke 13

Kenangan sebelum PRU ke - 13. Bangga berjaya camping di Kerling bersama kawan - kawan dan adik beradik di sana.Sempat gantung bendera PKR atas pokok yang tinggi di site Camp #1. ingat nak wat sekali lagi. Nak tengok bendera tu masih ada atau tidak. Perkhhh!!! berpeluh nak gantung bendera atas pokok yang tinggi

Sewaktu di Kerling, Hulu Selangor (Pic Lama)




Calon PKR PRK Hulu Selangor dan Cerita 3 Pemimpin

Zaid Ibrahim merupakan salah seorang pemimpin kegemaran aku. Sewaktu beliau didalam UMNO - APCO lagi pendiriannya menampakkan beliau tidak sesuai berada didalam UMNO -APCO. Apabila beliau menyertai PKR, terasa akan kedatangan seorang lagi Pemimpin yang mampu menggalas cabaran getir yang dilalui PKR untuk akan datang. Ternyata, kehadirannya, menggugat kewibaan UMNO - APCO. Zaid dipalit dengan isu minum arak. Apapun, aku percaya, Zahid lebih tahu ramai lagi pemimpin UMNO - APCO yang minum arak. Bezanya, UMNO suka serang peribadi tetapi tidak bagi PR. Ketokohan Zaid banyak teruji sewaktu didalam UMNO - APCO lagi. Dan Zahid juga pernah menimbulkan kontroversi berkenaan Isu HUDUD. Sewaktu isu itu mula keluar, aku pun marah jugak. Tapi, setelah mendengar penjelasan beliau aku sendiri dapat menilai kenapa beliau bertindak. Maka, Isu itu menjadi PRO dan KONTRA. Kalau beliau saman berkenaan isu HUDUD kerana anti Islam nescaya aku pun akan tentang beliau secara terang - terangan. Tetapi Beliau saman Hudud dari segi Teknikal. 
Walaubagaimanapun, beliau sudah pun memohon maaf dan menyesal diatas perbuatan beliau. Makanya, sudah menjadi 3 orang pemimpin yang mampu dan sangup mengaku kesalahan diri dan merendah diri memohon maaf kepada rakyat. Individu yang pertama tidak asing lagi kalau tidak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. TGNA selalu mohon maaf jika beliau rasa beliau bersalah. Dan seorang lagi adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Juga pemimpin yang sangup mengakui kesilapan dan memohon maaf.
TGNA


Aku sedang berfikir dan risau tentang keadaan kesihatan TGNA diwaktu ini. TGNA merupakan ulama tersohor dan terbilang yang sukar di cari ganti. Sekaran beliau masih hidup. Adakah orang menghargainya? Selalunya bila seseorang tokoh meninggal dunia barulah dihargai. Betapa ruginya dunia ini kehilangan TGNA jika dia meninggal dunia nanti. Tokoh yang mampu mengoncang dunia dengan sifat istikomah dalam perjuangan. Dan memandu jemaah dengan pengalaman yang luas dalam politik. Beliau bukan calang - calang pemimpin yang ada didunia. Kebanyakan ulama hanya mampu mengajar di masjid dan surau sahaja tetapi beliau mampu berbuat demikian dan menjadi pemimpin politik dan melayani kerenah dunia politik yang penuh dengan tipu daya dan muslihat kejahilan manusia.
DSAI
Tokoh ini pada mulanya tidaklah aku berminat sangat sewaktu beliau mula - mula dituduh liwat. Mana tidaknya beliau musuh PAS. Dan aku pada waktu itu menyokong PAS.Masih ingat lagi pada waktu itu sekitar tahun 1998/99, aku baru mula niaga komputer kat kuala selangor. Sewaktu turun dari tangga opis, tetiba riuh rendah mengatakan DSAI kena pecat TP UmNgok dan TP End. Dalam hati aku berkata 'tak heran sebab memang dalam UMNGOK adalah perkara biasa. Tetapi setelah diteliti perjalanan mahkamah, nampak sangat beliau difitnah. Jadi, barulah aku tau serba sedikit tentang individu bernama DSAI ini. Dan sekarang setelah  menjadi ahli PKR, aku lebih mengenali insan bernama DSAI. Ketokohan beliau pun hebat seperti TGNA. TGNA dan DSAI ada ketokohan tersendiri. Juga merupakan karektor pemusnah UMNGOK yang paling digeruni. Kepimpinan beliau hebat dan pantas. Diterima oleh dunia baik Barat mahupun Timur. 
Jasa yang paling besar beliau adalah menafikan majoriti 2/3 B End pada pilihanraya yang lalu. Pada waktu itu, lawan beliau tidaklah hebat sangat (Pok Loh kaki tido). Senang sangat dijinakkan. Kali ini agak sukar sikit tapi masih ada kelemahan untuk dijinakkan. Sebab taklah bijak sangat. Sekadar bergantung pada polulariti Ayahnya Tun Razak dan juga Dr. Madey yang mengenang jasa Tun Razak. 

13 Apr 2010

1msia VS 1melayu

Sejak akhir2 ini, keretakan mula timbul setelah 2tahun pentadbiran Pak Jib. sebelumnya, perjalanan politik UMNgok agak stabil kecuali Parti komponen lain. Keretakan ini pasti berlaku. Bila? sekaranglah berlakunya. Kenapa sekarang? itulah tempoh bertenang sesebuah kerajaan yg dibentuk.

1malaysia yang dicanangkan menunggu masa untuk meletup oleh puak - puak yang tidak menyokong gagasan 1malaysia. Orang yang tidak menyokong gagasan 1malaysia bukanlah peringkat cawangan atau bahagian tetapi oleh Timbalan beliau sendiri. Kekecewaan tidak diluahkan secara berterus terang. Gerakan untuk memusnahkan 1malaysia dibuat dengan terancang.

Ini kerana 1malaysia tidak sesuai dengan jiwa Umngok yang kuat fahaman perkaumannya. Muhyiddin menunggu masa untuk naik lebih cepat sebagai PM dimana posisi paling selamat. Posisi sebagai TPM bukanlah satu tempat yang selamat untuk diduduki. Sewaktu zaman Tun M, bukan sorang dua yang menjadi TPM. Nampaknya, team Muhyiddin ada kekuatan untuk menumbangkan team 1msia. Memandangkan team 1msia berada di lubuk 1melayu yg kuat.

Kekuatan Najip,
Kekuatan Pak Jib berada pada kewangan. Teori ini dikatakan bermula sewaktu beliau tewas di Pekan. Selepas kekalahan beliau (tidak rasmi)pada pilihanraya 1999, Pendekatan yang diambil Najip ialah menabur duit kepada penduduk Pekan serta menempatkan penempatan haram secara besar - besaran di Pekan. Dan yang paling berjaya adalah memindahkan undi kem tentera di Kuantan ke Pekan

Mengikut perkiraan politik, 5thn pertama PM baru memerintah, kekuatan memihak kepada PM baru. Walaubagaimanapun, perubahan tsunami agak berbeza sedikit. Kerana diawal pemerintahan beliau mendapat kurang 50% undi popular.

Ramalan politik, untuk tempoh terdekat pergolakan politik risiko berlaku adalah rendah. Apapun, macam - macam boleh jadi. Begitu juga dengan PRU, kedudukan PR kurang baik berbanding BN. Bukan kerana PR tidak bagus tetapi begitulah situasi politik yang berlaku di Malaysia. Dijangka, PRU akan datang kedudukan BN agak selesa jika tidak ada isu - isu yang menggugat BN. Kedudukan PR akan selesa pada PRU seterusnya. Walaubagaimanapun, kepintaran politik Dato Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan untuk merubah sekali lagi landskap politik dinegara ini.

Dalam tempoh 10tahun akan datang, beberapa isu antara komponen BN juga pasti akan mengejutkan banyak pihak. Antara GERAKAN, MCA, MIC serta beberapa parti lain pasti akan membuat satu kejutan yang akan memeranjatkan semua pihak.

Rakyat menunggu masa pergolakan yang lebih parah akan muncul. Tunggu dan lihat apakah hasil keputusannya nanti. Bila dan bagaimana, kita menunggu dengan tekun.

Panglima Perang Latik

Tak naik? Lembik? Pendek? Kecil?

6 Apr 2010

ADUN Bebas sokong parti kuat :Benarkah ADUN BEBAS?



SinarHarianOnline

ALOR SETAR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh akan memberi sokongan kepada parti yang kuat dan kukuh bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor nanti.

Mohd Radzhi berkata, walaupun berstatus ADUN Bebas, sokongan tetap akan diberikan kepada parti yang dirasakan layak dan mempunyai prestasi baik.

“Saya akan beri sokongan kepada parti yang saya rasa kukuh tetapi apa yang lebih penting saya akan menyokong parti yang menerima saya.

“Jika mereka terima saya dengan hati terbuka, saya juga akan beri sokongan pada parti tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Radzhi berkata, melihat kepada keadaan politik terkini, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pelbagai masalah yang melanda PKR Pusat dan PKR di Kedah akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Mohd Radzhi berkata, dengan masalah yang melanda PKR itu, beliau yakin rakyat akan kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“PKR sekarang asyik bergolak, jadi inilah peluang kepada BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Saya juga berpendapat bahawa rakyat juga akan memberikan kembali kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap BN,” katanya.

Persoalannya, sejak bila dia bertanding atas tiket bebas? Kalau Radhzi letak jawatan dan bertanding atas tiket bebas dan menang, betul calon bebas. Ini calon tajaan UMNO. Tak malu ke muka? letak kat manalah muka pemimpin macam ni keluar jumpa rakyat? Atau duduk kat rumah je. Manalah tahu duit banyak sangat sejak keluar PKR takut kena curi. Yang terang dan jelas sokong UMNO tapi berlakon atas nama BEBAS. Apapun, tahniahlah kerana tipu rakyat Lunas. Lain kali tipu lagi yea.......





















Pakatan Rakyat dibarisi pemimpin ‘banner’


SinarHarianOnline


SEREMBAN – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil menyifatkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) adalah pemimpin ‘banner’ (kain rentang) dan kewujudan mereka di Selangor cumalah gimik semata-mata. 

Beliau berkata, pemimpin PR itu tidak mampu mengurus dan membangunkan Kerajaan Negeri dengan baik, sepertimana Barisan Nasional (BN) terdahulu. 

“Pemimpin PR yang ada di Selangor itu hanyalah gimik sahaja, tiada kerja-kerja pembangunan mampu mereka lakukan. 

“Semua kerja-kerja menstabilkan dan membangunkan Kerajaan Negeri itu dilakukan BN. Kalau tidak ada BN, lingkuplah Selangor,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja Ke Negeri Sembilan di Bilik Gerakan Wisma Negeri, di sini, semalam.

Tak tahu malu betullah pemimpin BN. Rakyat dah tau nak tipu lagi. sudah - sudah la Shahrizat oiiii. Dia ingat rakyat niey macam budak - budak. Yang boleh digula - gulakan. Sejak PR memerintah, baru nampak pemimpin BN turun padang. Sewaktu menang dulu batang hidung pun tak nampak.

Teringat aku pada Taska Kemas yang dikelolakan oleh BN. Cuba perhatikan, Anak - anak yang belajar kat KEMAS kebanyakannya hanya pandai menyanyi saja. Prestasi pendidikan terutama dalam bidang agama amat teruk. Sejak aku belajar KEMAS tahun 1984, sukatan pelajaran di KEMAS tak berubah sangat. Banyak menyanyi. Tengoklah iklan belajar KEMAS dalam TV. Menyanyi. naik menyampah aku tengok. Agaknya, dia jamu kat TV lagu tu dia rasa orang suka? tak taulah orang lain sedar atau tidak. Yang pasti aku dah hantar anak kat PASTI. Nampak lebih sistematik. boleh baca doa. boleh mengira dan boleh membaca dengan lebih baik berbanding hantar kat KEMAS.

Walau bagaimanapun, PASTI harus dibuka dengan lebih agresif lagi agar rakyat dapat buat pilihan. Jika rakyat tiada pilihan, maka rakyat terpaksa juga hantar kat KEMAS yang hampeh tu. 

Hari ni juga Shahrizat jawab di Parlimen soal pembuangan bayi. Dan tanya Ahli Parlimen MARAN (Tempat aku mengundi) apakah tindakan Kementerian beliau. Jawab aku, Jangan undi UMNO/BN lagi. Nescaya, kadar jenayah dan kes - kes begitu akan menurun.

Lembik? Tak naik? Cepat keluar? Kecil? Pendek?

Polis siasat polis

“Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat,” kata Ketua Polis Negara, semalam.




Pelik juga ya, polis siasat polis sendiri. Best la macam niey. Aku cadangkan penjenayah siasat penjenayah. Kurang sikit keje polis. Kenyataan diatas berikutan pendedahan Ahli Parlimen Permatang Pauh tentang pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM. 


Rakyat percaya, sekiranya Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan pasti akan terbongkar skandal 1Israel didalam Jabatan tertinggi negara dan Polis itu. Setiap isu di tutup dengan rapi. Skrip disusun. kambing hitam dikorbankan. Dan macam - macam perkara yang memualkan berlaku. Rakyat disajikan dengan drama hindustan tanpa episod. 



4 Apr 2010

RM2 Nescafe ais

Sampai bila? sampai bila nak menanggung beban kenaikan harga air setiap masa sesuka hati oleh restoran mamak diseluruh Malaysia? kenapa ini berlaku? kerana Kerajaan Malaysia tidak pedulikan nasib rakyat Malaysia! kenapa pula? kerana KIMMA yang mewakili masyarakat india muslim menyokong BN walaupun tidak diterima menjadi anggota BN.
perkataan makan diatas merujuk kepada air.
5bungkus nescafe ais RM10, 5bungkus teh ais RM8, 1tin air RM1.80
Mamak menggunakan kesempatan hasil daripada kegagalan orang melayu membuka restoran 24jam seperti mereka. Kenapa Melayu gagal? tanyalah UMNO dan PERKASA. Kerana mereka yang ada kuasa dan pihak yang diamanahkan untuk membela nasib melayu.

Buktikanlah wahai Perkasa dan UM no. dalam jangka waktu 5 tahun dapat wujudkan kedai makan melayu 24jam. disinilah KPI yang aku tetapkan untuk mengukur kerja Perkasa dan UM no dalam membela nasib melayu. Buat masa sekarang Perkasa dan UMNO tidak layak bercakap soal melayu. Buktikan dahulu!!!!

Lembik? Tak Naik? Cepat keluar? Pendek? Kecik?

Gaya Lama taktik lama.. tidak berubah selamanya

Kecewa! memang kecewa! itulah luahan rakyat yang inginkan perubahan. Mana tidak nya, ingatkan selepas kalah teruk pada round ke 13 PRU yang lalu gaya politik yang dibawa oleh Presiden UMNO dan juak - juaknya tetap sama. Tabur duit waktu pilihanraya kecil adalah jadi mainan biasa buat Presiden UMNO. Bukan dia nak larang anak buah buat macam tu sebaliknya dia pun sama.

Berfikirlah wahai pengundi Hulu Selangor, adakah anda sedia diperbodohkan lagi oleh UMNO? Saya tidak rasa BN bersikap demikian sebaliknya hanya UMNO bersendirian tidak berubah dengan taktik dan gaya lama. Cuba perhatikan, GERAKAN dan MCA sudah berubah gaya dan pendekatan. Sebaliknya UMNO masih tidak berubah. Kenapa ya? senang saja sebab undi Melayu masih solid pada dia. Entah bila la Melayu nak berubah. Belum cukup lagikah ditipu hidup - hidup, terang - terang. Bukan lagi jadi selindung. Patutlah Pemimpin UMNO kuno tidak mahu merdeka. Rupanya begitulah cara berfikir kebanyakan Melayu di Malaysia.

Muka tak malu
Gerakan oh Gerakan, di manakah letak muka kamu? tidak bermaruahkah? Dihina dan dikeji oleh UMNO sedemikian rupa tapi masih lagi mahu bergurau senda dengan UMNO? Cara berfikir Gerakan sejiwa dengan agenda PR. Kenapa tidak bersama PR? kukuhkan lagi cengkaman terhadap golongan MunafiAPk UMNO.

APCO
perancang utama disebalik tabir pentadbiran Najib adalah APCO. Setiap taktik dan gerakkerja APCO dalam menjayakan UMNO tidak perlu diselindung lagi. Orang yang bodoh saja tidak nampak fakta yang ditunjukkan DSAI. UMNO adalah 'talam dua muka'. Didepan rakyat kata tidak mengiktiraf Israel. Tapi di belakang UMNO berganding bahu bersama - sama seiring dan sejalan menuju 1Israel.

Lemah? Tak naik? Lembik? Pendek? Kecik? Clik sini

1 Apr 2010

Blog This! : Communicate - Google Chrome Help

Blog This! : Communicate - Google Chrome Help

PKR Pahang sedia turun padang

KUALA LIPIS - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang sedia menurunkan ahlinya sekiranya diminta memberi sokongan semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. 

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, PKR negeri sedia membantu dari segi kempen sekiranya dikehendaki oleh barisan PKR Selangor. 

”Pilihan raya kecil yang akan diadakan di Hulu Selangor bakal menyaksikan perlawanan sengit antara pembangkang dan kerajaan. 

”Justeru ahli PKR negeri sedia turun padang bagi membantu ahli PKR Selangor dari segi kempen dan perkara-perkara lain semasa hari penamaan calon serta tibanya hari mengundi,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Lipis 2009. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan semasa politik PKR sekarang ini, beliau dengan tegas mengatakan PKR tidak mempunyai sebarang masalah serius dan akan terus berusaha berjuang untuk rakyat. 

”Saya berharap agar semua rakyat dapat memberi peluang kepada PKR untuk terus berkhidmat kepada masyarakat kerana parti ini ditubuhkan untuk memperjuangkan hak rakyat. 

”Saya juga percaya sesiapa yang mengambil alih pada Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti haruslah komited pada perjuangan rakyat dan dapat membela nasib golongan yang memerlukan,” katanya.



SELAMAT DATANG PKR PAHANG. KAMI ALU  - ALUKAN KEDATANGAN ANDA! Semangat setiakawan memastikan PR menang di Hulu Selangor. 


Tak naik? Lembik? Cepat keluar? Pendek? Kecik? Click sini!!!

APCO:Laskar upahan yang kita percaya

Harakahdaily: Tian Chua


Dalam dunia yang penuh pancaroba dan berkembang APCO Worldwide berdiri teguh sebagai gergasi dalam dunia industri pelobian. Firma ini, dalam katanya sendiri menawarkan “kepakaran luar biasa dan profesional” kepada  kerajaan, ahli politik dan syarikat korporat, serta senantiasa bersedia membantu pelanggan untuk mengharungi cabaran getir dalam dunia yang rumit pada peringkat antarabangsa dan hal-hal dalam negeri.

Pelanggan khidmat APCO, bukan sahaja negara Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah menjelaskan hubungan firma perunding pengurusan risiko dan keselamatan dalam negeri ASERO Worldwide. ASERO seolah-olahnya merupakan rumah persaraan buat bekas-bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan bekas Shabak.

Melihat rekod syarikat  APCO, cukup menakjubkan melihat kelancangan syarikat dalam tindakan yang secara berterusan menentang keadilan sosial.

Mendandan diktator

Seperti yang kita tahu, APCO dan rakan strategiknya ASERO berkhidmat untuk Israel dan agenda Zionis. Di persada antarabangsa, APCO secara khususnya terkenal kerana membantu para diktator di seluruh dunia.

Ketua Menteri Gujarat, seorang nasionalis pelampau Hindu, Narendra Modi memakai khidmat APCO sebagai perunding imejnya pada Ogos 2007. Ahli politik BJP ini telah dikaitkan dengan rusuhan antara agama yang mengorbankan kira-kira seribu orang Islam. Pembunuhan beramai-ramai itu mula dicetuskan dengan kejadian pembakaran keretapi Godhra pada 27 Februari 2007, yang mana beberapa ratus penganut Hindu terbakar hidup-hidup.

Puak radikal pelampau BJP dan RSS menyalahkan penganut Islam berhubung kemalangan tersebut dan membalas dendam dengan memulakan rusuhan anti orang Islam. Kerajaan Gujarat yang dipimpin Modi kemudiannya membayar USD25,000 setiap bulan kepada APCO bagi membina semula imej antarabangsanya dan menarik pelaburan asing (FDI).

Selain dari Ketua Menteri Anti Orang Islam, si Modi, APCO juga terkenal dengan menjalankan kempen perhubungan awam untuk ahli-ahli politik yang begitu mengaibkan.

Pada pertengahan tahun 1990an, syarikat itu telah dikontrakkan oleh bekas Presiden seumur hidup Nigeria, Sani Abacha. APCO mewakili diktator itu di saat rejim tersebut menindas kebangkitan gerakan rakyat dan menghukum bunuh 9 orang aktivis pro demokrasi, termasuklah seniman pro alam sekitar Ken Saro-Wiwa.

Setelah runtuhnya blok komunis Eropah Timur, APCO menemui lubuk keuntungan di Rusia, negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah.

Ken Silverstein, editor majalah Harper Magazine (30 Jun, 2007) menyifatkan pelobi APCO sebagai, “penyelamat penting buat rejim-rejim kediktatoran mengembangkan kepentingan mereka di Washington”. Beliau mendedahkan kepakaran pengalaman APCO dalam bekerja untuk rejim-rejim kuku besi seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Turkmenistan dan lain-lain lagi..

Silverstein menulis: “Dengan bayaran yuran khidmat sehingga USD 1.5 juta setahun, APCO menawarkan untuk meghantar delegasi Kongres Amerika Syarikat ke Turkmenistan serta menulis dan menanam pendapat di suratkhabar atas nama-nama ahli akademik dan pakar-pakar pemikir yang akan direkrut mereka. APCO juga menawarkan untuk menganjurkan acara untuk media “bebas’ di Washington yang akan mempromisikan Turkmenistan…”

Di China,  APCO membantu syarikat-syarikat Israel untuk menjalankan perniagaan. Dalam salah satu risalahnya, APCO mengiklankan bahawa: “APCO akan membimbing dan memberi panduan kepada para peserta dengan proses mencari dan mengenal pasti rakan niaga berpotensi ataupun potensi peserta untuk menjadi pengedar, penggabung,  agen, pembekal atau pesaing kepada China.”

Memukul gendang perang


Melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk rejim-rejim kuku besi mungkin merupakan sebahagian daripada sumbangan kegiatan kebajikan APCO. APCO juga memiliki sebatalion pelobi penyokong perang di bawah sayap syarikat ini. Firma ini juga merupakan pendokong kuat peluasan peranan ketenteraan dan persenjataan Amerika Syarikat (A.S) dalam urusan hal ehwal dunia

Pada Oktober 2004, APCO dan Kissinger Associates (dimiliki oleh bekas setiausaha negara A.S, Henry Kissinger) membentuk “persekongkolan strategik.” Mereka sama-sama mengumumkan  “Genggaman kami terhadap dasar-dasar asas dan isu-isu peraturan di berbagai negara digabung dengan pengalaman luas hal ehwal awam oleh APCO akan menghasilkan pemikiran yang lengkap tentang ‘cabaran-cabaran’ para pelanggan kami.”

Selain Kissinger Associates, APCO turut membina jaringan atau persekongkolan dengan kumpulan konservatif pelobi pro Zionis dan kumpulan-kumpulan perundingnya termasuklah Heritage Foundation, Frontier of Freedom, Jewish Policy Center, dan lain-lain lagi.

Atas nama perang melawan keganasan, APCO membantu untuk menyelaraskan komunikasi kerajaan bagi meyakinkan orang ramai berhubung perlunya perang. Kerja APCO termasuklah mengolah pendapat awam dan maklum balas yang akan membantu usaha-usaha ke arah peperangan. Mudahnya mereka mengeksploitasi rasa ketakutan terhadap Islam dalam masyarakat Barat untuk menjual idea bahawa serangan penaklukan merupakan penyelesaian masalah bagi mendapatkan semula keamanan di negara-negara Barat.

Selain menyokong George Bush, APCO turut sama mempertahankan tindakan tidak popular Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk ikut sama terlibat dalam peperangan. Bersama-sama dengan  Foreign Policy Institute, yang berpengkalan di London, APCO menyediakan dan menerbitkan risalah  berjudul, ‘A Global Alliance for Global Values’  (Persengkongkolan sejagat untuk nilai sejagat) yang diisytiharkan sendiri oleh Blair.

“Penyelesaian yang kita sedang hadapi sekarang adalah perang, tetapi bukan perang biasa yang konvensional. Dan ianya tidak dapat dimenangi dengan cara-cara yang biasa. Kita tidak akan memenangi pertempuran melawan keganasan sejagat sehinggalah kita memenangi setiap peringkat nilai dan juga kekuatan tentera.”

“Untuk melakukan hal ini memerlukan perubahan mendadak terhadap keutamaan dasar kita. Kita mesti menyerahkan diri kita terhadap pembaharuan sepenuhnya dalam strategi kita  untuk mengalahkan pihak-pihak yang mengancam kita.”

Setelah penakhlukan di Iraq, APCO secepatnya meletakkan diri mereka untuk membantu syarikat-syarikat Amerika memeras kekayaan dan sumber Iraq. Pada Mei 2003, APCO Worldwide melancarkan pasukan petugasnya yang diketuai oleh Marc Ginsberg, bekas duta Amerika Syarikat ke Maghribi bagi mendapatkan kontrak membangunkan semula Iraq.

Anti-reformasi di A.S

Kesemua kejahatan ini bermula di rumah mereka sendiri. APCO bukan malaikat di pengkalan asal mereka. Dilengkapi dengan penampilan berat condong ke politik konservatif, ia selalu siap untuk berkhidmat terhadap agenda politik puak sayap kanan yang  menentang reformasi dan kepentingan orang ramai.

APCO Worldwide lahir daripada firma guaman Arnold & Porter, salah satu firma guaman yang terbesar di Washington D.C serta berhubungan langsung dengan industri tembakau.

Pendokong gerakan hak-hak pengguna menyifatkan APCO sebagai firma pelobi yang “pakar dalam membantu syarikat korporat untuk mengembangkan matlamat-matlamat mereka dengan memanipulasikan penggubal undang-undang serta merancang dan mengajukan model bentuk peraturan dan perundangan. Perkakas utamanya…termasuklah dengan mencipta persekongkolan perniagaan serta penubuhan kumpulan-kumpulan ‘akar umbi’ palsu  yang bergerak atas isu-isu tertentu.

Pada tahun 1983, syarikat gergasi tembakau, Philip Morris membayar khidmat APCO untuk menyerang kempen kesedaran awam menentang tembakau. APCO menyusun NGO tipu yang dikenali dengan nama The Advancement of Sound Science Coalition (TASSC). Matlamat NGO ini adalah untuk melawan usaha-usaha kesihatan awam yang mendesak kepada perubahan perundangan serta menghalang sebarang cubaan untuk menghalang jualan tembakau.

Bukan sahaja APCO mahu orang ramai berfikir merokok itu baik untuk kesihatan, ia juga mewakili kepentingan yang menguntungkan daripada syarikat-syarikat farmasi dan industri penjagaan kesihatan. Tidaklah menghairankan apabila kita melihat APCO secara aktifnya menentang dan memperlekeh usaha Obama untuk mereformasikan sistem penjagaan kesihatan di A.S.

Salah seorang penggubal undang-undang yang disukai APCO ialah Senator Joe Lieberman, penyokong kuat bantuan ketenteraan ke Israel. Isteri Lieberman, Hadassah merupakan bekas pelobi utama APCO untuk para pelanggan dari sektor penjagaan kesihatan dan famasi.

Mewakili syarikat-syarikat gergasi menjual dadah (ubat-ubatan), Senator Lieberman menganjurkan gerakan anti reformasi sistem penjagaan kesihatan yang diharapkan para penyokongnya akan mengecewakan usaha Obama, dan mereka telah berjaya menunda pembentangan skema baru sistem penjagaan kesihatan.

Di luar A.S, APCO memimpin kempen undang-undang yang menentang pengedaran ubat-ubatan murah untuk sakit AIDS di Afrika Selatan.

Selain kesihatan, APCO juga terlibat sama dengan syarikat-syarikat besar multi nasional dalam sektor tenaga bagi menolak keprihatinan terhadap pemanasan global. Sekali lagi, tugasan TASSC adalah untuk menyampaikan pandangan yang ‘rasional’, bukti ‘waras’ saintifik bagi menyatakan bahawa bahaya pemanasan glogal hanyalah ilusi orang-orang pro alam sekitar yang kurang siuman.

Dibayar oleh syarikat seperti Exxon Mobil, APCO ditugaskan untuk menyusun sepasukan ‘laskar upahan’ yang berpandangan skeptik terhadap perubahan cuaca dunia dan menentang Perjanjian Kyoto sebagai “kesilapan sains dan teknologi.”

Pada kesemua hal ini, matlamat dan cara APCO tidak ada lain melainkan untung dan lebih besar lagi keuntungan bertimbun.

Kapten perhubungan awam di Malaysia


Pengarah Urusan APCO di Kuala Lumpur ialah Paul Stadlen. Memang benar tugas pertama APCO di Malaysia bukanlah untuk mempromosikan 1-Malaysia.

Paul Stadlen datang ke Malaysia pada tahun  2008, sewaktu berlakunya penangkapan ISA terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Dia diambil berkerja untuk membantu strategi komunikasi Kementerian Dalam Negeri bagi menyokong penangkapan ISA, khususnya kepada masyarakat antrabangsa.

Naib Presiden APCO, Larry Snoddon dilantik sebagai CEO Rantau Asia pada Januari 2009. Sebelum bersama APCO pada tahun 2002, Snoddon merupakan CEO untuk  Burson-Marsteller,  pemain utama perniagaan perhubungan awam di UK.

Burson-Marsteller juga memilki rekod menarik. Seperti APCO juga, Burson-Marsteller pernah dibayar khidmatnya untuk Kementerian Penerangan Nigeria pada hujung tahun 1960 an bagi mengimbangi kutukan antarabangsa terhadap dakwaan pembunuhan etnik dan pelanggaran sistematik terhadap hak asasi manusia yang dilakukan tentera Nigeria.

Dalam perkembangan yang sama, firma ini juga dilantik sejurus selepas Lee Kuan Yew melancarkan operasi ‘Cold Store’ dalam tahun-tahun pembentukan Singapura (yang menyaksikan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari merengkok tanpa bicara dibawah ISA selama 17 tahun). Lee Kuan Yew mendapatkan khidmat Burson-Marsteller bagi membantu Singapura membangunkan program selama 10 tahun untuk menarik pelaburan dari luar negara.

Firma ini juga diambil berkhidmat untuk kerja-kerja perhubungan awam oleh syarikat loji nuklear setelah tragedi kemalangan nuklear di Three Mile Island di A.S pada tahun 1979. Paling terkini, Burson-Marsteller mewakili syarikat khidmat keselamatan Blackwater dalam suatu kes kontroversi. Ia dibayar untuk mempertahankan kakitangan Blackwater yang membunuh 17 orang awam rakyat Iraq, sejurus selepas kejadian tembak-menembak di suatu jalan di Baghdad pada 16 September 2007.

Namun demikian, bos sebenar operasi APCO di Malaysia berpengkalan di Washington DC. Dengan bayaran khidmat RM23 juga, dia mampu untuk terbang ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali sebulan.

Orang yang bertanggungjawab sebagai perunding imej Najib ialah Jonathan M Winer, Naib Presiden Kanan APCO di Washington DC.

Sebelumnya, Winer bertugas sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Penguatkuasaan Undang-undang Antarabangsa dari tahun 1994 hinggalah 1999. Semasa penggal perkhidmatannya sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Negara, dia dikenali sebagai pakar dalam hal kewangan pengganas.

Dalam politik dalaman A.S, Winer pernah sekali membantu kempen presiden John Kerry. Namun tidak seperti bosnya John Kerry, Jonathan Winer bukanlah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Sebetulnya Jonathan Winer telah membantu Najib berkempen menentang Anwar sebelum mendapat kontrak APCO lagi.

Sejak tahun 2005, kumpulan-kumpulan konservatif A.S  mengutip pengakuan kongres Jonathan Winer yang menyifatkan World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Belia Islam Sedunia - WAMY) sebagai organisasi berkait dengan pengganas.

Dakwaan Winer merupakan cakap kosong tanpa asas. Dia membuat kesimpulan berasaskan pada kejadian tunggal, di mana WAMY telah mengundang pemimpin Hamas Khalid Mishal sebagai tetamu kehormat (VIP) untuk persidangannya di Riyadh yang berlangsung pada bulan Oktober 2002.

Selain menjadi simpatisan penyokong kepada perjuangan Zionis, Winer dalam banyak leadaan melontarkan syak wasangka buruknya terhadap orang Islam dan agama Islam secara umumnya. Dalam pengakuannya kepada Jawatankuasa Senat untuk Hal Ehwal Kerajaan A.S (US Senate Committee on Governmental Affairs) pada 31 Julai 2003, Winer menyifatkan organisasi Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai “kumpulan pengganas”.

Katanya, “Ikhwan berperanan dalam membangunkan organisasi-organisasi militan Islam lainnya. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hubungannya terhadap penubuhan kumpulan pengganas Indonesia Jemaah Islamiya (JI), yang dicipta untuk menubuhkan negara Islam di Indonesia. Pelopor yang menubuhkan JI mengakui mendapat inspirasi daripada matlamat jihad Ikhwan sebagai cara untuk menciptakan negara Islam di Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura dan selatan Filipina."

“JI kemudiannya mendapat dana daripada hartawan kaya Arab Saudi yang bergabung dengan Al-Qaeda. Hasilnya, mekanisme pusat kewangan Ikhwan, Al Taqwa, yang ditubuhkan operasinya di Malaysia terkait dengan JI…kumpulan Al Taqwa…sejak dahulu lagi berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Al Qaeda,…menyediakan bantuan langsung kepada Osama bin Laden serta nasihat pelaburan dan mekanisme pemindahan wang tunai untuk Al Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal Islam lainnya.“

Saya beranggapan pandangan di atas sepertimana yang disuarakan Jonathan Winer tidak dapat diterima di kalangan kawan-kawan saya dari Barisan  Nasional. Namun demikian, apakah kerajaan Malaysia meminta perunding APCO ini mengubah kepercayaan yang dipegangnya sebelum menandatangani kontrak mahal bernilai RM23 juta itu?

Bolehkah kita mempercayai APCO?


Cara bergerak APCO tidak pernah berubah, ia menyediakan khidmat ‘laskar upahan’ perhubungan awam yang akan menasihatkan rancangan sesiapa sahaja, dan pastinya rancangan untuk pihak yang paling banyak membayar mereka.

Perkara-perkara yang saya timbulkan dalam rencana saya ini, telahpun dimasukkan ke dalam debat membahas Titah Di Raja di Palimen pada 29 Mac 2010. Dalam perdebatan itu, saya merayu kepada BN, juga terhadap rakyat Malaysia untuk melihat isu ini dengan lebih serius lagi.

APCO mungkin menyediakan jalan pintas untuk mengangkat imej kerajaan. Tetapi wajarkah kita percaya kepada ‘laskar upahan’ untuk berkhidmat terhadap kepentingan nasional kita?

Lebih-lebih lagi, jika 1Malaysia seperti yang didakwa kerajaan adalah berkenaan bagaimana rakyat Malaysia berkongsi memenuhi hasrat bersama, kita sebenarnya tidak memerlukan campurtangan asing untuk membentuk masa hadapan negara.

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet