24 Mei 2010

GAS, GAO, GAA, GAPR: Siapa dibelakang?

Sekarang aku menulis sewaktu riuh rendah pula MIC dengan isu Gerakan Anti SAMY (GAS) di dada - dada akhbar. Sebelum kita lihat lebih mendalam isu ini, baik kita susur dulu perjalanan selepas PRU 2008.

Selepas BN kalah didalam PRU 2008 dibawah pentadbiran Pak Lah, muncul gerakan yang ingin menjatuhkan Pak Lah. Kita singkatkan gerakan itu sebagai Gerakan Anti PakLah (GAP). Agak - agak, siapa yea disebaliknya?. Selepas PakLah ditumbangkan, Gerakan ini pula merancang untuk jatuhkan Kerajaan PR di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan secara berkala. Perancangannya mestilah bermula kepada negeri yang mudah ditawan dulu iaitu yang mana kerusinya tidak banyak untuk dibeli. Tidak lain dan tidak bukan, Perak merupakan kerusi PR yang tidak banyak berbanding BN. Maka, Perak harus ditumbangkan dahulu. Secara ringkasnya, Perak pun tumbang setelah Pengerusi BN negeri bertukar tangan daripada Tajol Rosli kepada Najib Tun Razak.
Strategi serampang dua mata digunakan. Strategi menjatuhkan Kerajaan PR dan menjatuhkan Presiden MCA, MIC dan UMNO. Presiden UMNO sudah dijatuhkan, tinggal lagi Presiden MCA dan MIC. Bulan lalu, Presiden MCA sudah pun dijatuhkan. Kini tinggal lagi Presiden MIC yang begitu liat. Untuk jatuhkan Presiden MIC tidaklah sesukar menjatuhkan Presiden MCA. Ini kerana Presiden MIC tidak disukai oleh orang luar dan dalam MIC sendiri. Sama seperti PakLah. Sepatutnya, Presiden MIC yang harus dijatuhkan dulu tetapi perancangan beralih arah kepada Presiden MCA dulu kerana Presiden MCA hampir - hampir menjadikan Skandal PKFZ yang boleh meruntuhkan BN. Maka, Presiden MCA didahulukan, Penjatuhan diUtamakan. Selepas Presiden MIC jatuh, ada seorang lagi individu yang mesti dijatuhkan. Individu ini jika dijatuhkan maka, Kejayaan besar untuk menguasai semua ruang dalam komponen BN tercapai. Siapa agaknya yea? cuba jeling ke Sarawak!! Sudah pastilah KM Sarawak Taib Mahmud!!!!. Tunggu................
Tadi sudah dijelaskan strategi serampang dua mata. Iaitulah strategi menjatuhkan PR.
Ada 3 individu perlu dijatuhkan, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan juga Lim Guan Eng.
ketiga - tiga individu ini akan diserang secara berselang seli. Dari segi negeri pula, selepas Perak, mereka menyerang Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Negeri yang lebih mudah adalah Kedah. Jadi, bersiap sedialah dengan Gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan PR Negeri Kedah yang sedang berlangsung sekarang!!. Pulau Pinang masih kukuh selepas terkena serangan tetapi kubunya sudah semakin lemah berbanding dulu. Selepas Kedah, serangan akan dihalakan sekali lagi ke Pulau Pinang dan seterusnya Selangor.

Oleh itu, DSAI, TGNA dan Lim Guan Eng harus membina kubu yang lebih kuat untuk mempertahankan serangan. Kerana serangan ini dirancang dan diarah oleh pakar dari Yahudi yang mengatur langkah diperingkat Dunia. Yahudi ini merancang begitu hebat membantu saudaranya di Malaysia yang memerlukan pertolongan untuk menguasai bahagian Asia Tenggara selepas Singapura sudahpun didalam genggamannya. Dan siapakah pula individu disebalik gerakan - gerakan ini? tepuk dada tanyalah diri sendiri.
.

PAS: Kurang memberangsangkan?

Selepas 2 tahun PR mencipta kemenangan, masih banyak lagi yang harus diperbetulkan. Diperhalusi serta disusun agar tampak lebih kemas dan teratur. Jika dikira peranan yang dilakukan antara ketiga - tiga parti komponen selain 2 parti baru gabungan PR, ada sedikit kelemahan yang perlu diatasi.

Disini, ingin disentuh adalah peranan PAS dalam mendapatkan undi orang melayu. Sepanjang pilihanraya kecil selepas PRU yang lalu, tampak dengan jelas undi melayu begitu merosot kepada PR. Sungguhpun undi kaum muda masih mendominasi undi untuk PR tetapi ianya amat membimbangkan. Jika diukur kepada parti manakah yang harus mencuit hati pengundi melayu pastilah letaknya dibahu PAS dan sebahagiannya PKR. Tetapi PAS lebih layak untuk menguasai golongan melayu ini.

PAS amat berperanan keatas sikap dan mood pengundi melayu secara dasarnya. PAS nampaknya kurang menyerlah sedari awal lagi untuk menarik pengundi melayu. Pasti ada silapnya. Dimana? cuba dianalisis dan di mortemkan, banyak juga sebabnya. Peranan yang dimainkan tidak begitu menyerlah. Masakan PKR yang baru setahun jagung lebih banyak mendapat kerusi berbanding PAS dan DAP yang sudah lama didalam persada politik tanahair. Tidak dinafikan PAS mempunyai rekod yang bersih. Tetapi rekod bersih bukanlah syarat kejayaan. Tetapi rekod yang bersih mestilah disertakan dengan strategi dan tindakan yang betul untuk berjaya. PAS harus mengkaji dimana silapnya. Adakah masyarakat tidak menyukai PAS?. Adakah PAS tidak cukup baik? adakah PAS parti pak lebai? adakah PAS tidak berjiwa rakyat?.

Didalam banyak - banyak persoalan rasanya bukan itu yang dicari. Hanya satu perkara yang kurangnya didalam PAS. PAS tidak mempunyai strategi perang yang betul. Memang benar PAS mempunyai jentera yang jauh lebih hebat daripada DAP ataupun PKR..tetapi PAS harus lebih dari itu. Bukan sekadar jentera yang kuat saja tetapi memerlukan seorang jeneral yang mampu merobek kubu lawan dengan berkesan. Ada benarnya juga kata - kata YB Zul Noordin dari Bandar Baru Kulim. PR dalam mood penafian walaupun bukanlah betul 100% tetapi ada benarnya juga. Pengakuan DSAI tentang ada sedikit keretakan dalam PKR adalah perkara yang ingin didengar oleh rakyat.

Masih ingat lagi sebelum 16Sept PR amat teguh sehinggakan dirasakan begitu sukar untuk direbah. Ianya mula pincang apabila Perak jatuh ketangan BN dalam siri rampasan kuasa yang boleh dikatakan riak - riak kecil tsunami di Negeri Perak. Selepas itu, PR menari mengikut rentak BN.

DiSelangor, PAS dipimpin oleh YB Hassan Ali dari Gombak. Kepimpinan YB Hassan Ali pada awalnya nampak goyah. Diikuti oleh isu sessi risik merisik antara pimpinan UMNO dan PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak menjadi. TGNA memainkan peranan mematikan isu kerajaan perpaduan. Mujurlah sekatan yang dilakukan oleh TGNA dapat mengelak dari ahli - ahli PAS terus bersengketa sesama sendiri. Sekarang, ahli - ahli PAS tidak lagi semesra dulu. Kesepakatan tidak lagi seintim dulu. Jika dulu, sengketa hanya secara diam tetapi sekarang nampak kepada umum. Amat perit juga untuk membetulkan keadaan yang dibuat oleh geng kerajaan perpaduan. Yang membuatkan ahli hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan yang ada selepas muktamar yang lalu. Sudah 2 tahun berlalu, PAS nampak semakin baik tetapi kurang berkesan didalam membawa isu - isu umat islam di Selangor. Tak tahulah adakah ini kerana kelemahan pimpinan yang ada atau sebaliknya. PAS nampak lesu apabila berdepan dengan UMNO. Rasanya, PAS memerlukan seorang Jeneral perang yang hebat untuk membawa wadah PAS lebih kedepan berbanding UMNO. Pernah juga aku bertanya kepada seorang ahli PAS yang amat optimis bekerja untuk PAS sebelum kemenangan. Katanya" selepas ini jika pemimpin suruh buat kerja, jentera PAS memang buat tapi bukan percuma lagi, kena bagi upah" dengan nada kecewa dengan cara pimpinan PAS. Ahli akar umbi PAS yang bekerja kuat memenangkan PAS begitu kecewa dengan permainan politik di setiap Kawasan. PAS sama seperti PKR juga, baik diperingkat Pusat tapi buruk di peringkat Kawasan atau Bahagian.

Ketua Pemuda PAS selepas YB Sallehudin Ayub

Penggantian KP PAS selepas YB Sallehudin pun memainkan peranan juga. Sewaktu era YB Sallehudin dulu, Pemuda PAS nampak sangat garang dan bertenaga. Pada zaman Ustaz Nasrudin Tantawi Pemuda nampak masih bertaring cumanya Ustaz Nas sedang mencari rentak mengikut iramanya. Aku juga sebenarnya peminat kepada Ustaz Nas ini. Kerana suara ustaz Naz serak - serak macam TG Haji Hadi kita (Presiden PAS). Dan aku juga merupakan pengundi yang mengundi Ustaz Naz di Parlimen MARAN pada PRU yang lalu. Rasanya, zaman kegemilangan PAS dibawah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor beluim lagi nampak kegemerlapannya sekarang. Kena tunggu Muktamar lagi untuk pemilihan pimpinan yang akan datang. Kepimpinan yang ada sekarang pada pandangan aku nampak seperti separuh masak. Ada yang bagus dan ada yang tidak menyerlah!!.

Sebagai pemerhati aku lebih fokus di negeri Selangor kerana aku berada dan tinggal di negeri Selangor. Hati tak puas tengok pimpinan PAS bekerja di Negeri Selangor ini. Lesu dan tidak bermaya. Hanya sesekali ngauman dari PAS yang memecah kesunyian politik Selangor. Sebenarnya, jika digembleng kekuatan PAS dinegeri Selangor, PAS mampu menjadi idola setiap masyarakat di Selangor. Hanya ada satu individu yang begitu nyaring iaitu AP Shah Alam. YB Khalid Samad. Kini taringnya dah ditumpulkan. Tunggu habis edah dulu. Harap YB Khalid Samad masih lantang selepas ini menggegarkan bumi Selangor dengan isu - isu yang panas. Memang diakui YB PAS memang kuat bekerja untuk rakyat. Tetapi kerja saja tidak memadai. Perlu pandai berpencak silat berpolitik. Barulah digeruni kawan dan lawan. Lihat saja TGNA. Karektor yang sangat hebat. Digeruni kawan dan lawan. Tak tahulah selepas ini ada lagikah Guru Pondok yang akan berada dipentas politik menggantikan TGNA.

Kelompok Ana dan Anta

Salah satu faktor yang aku lihat dari dulu sampai sekarang adalah jemaah PAS lebih suka dengan kelompoknya sahaja. Tidak mahu keluar berdampingan dengan masyarakat dan ahli UMNO. Jika anda boleh  menyebut ANA dan ANTA didalam komunikasi, nescaya anda dekat dengan kelompok PAS. Jika tidak, anda pasti jauh dari PAS. Inilah yang menyukarkan PAS bergerak. Kelompok ANA dan ANTA masih kuat kepuakan. Tidak mahu bermasyarakat. Jadilah penyokong tegar PAS dalam komuniti tersendiri. Cuma, sejak banyak golongan Professional berada didalam PAS dan kewujudan pula Dewan Orang Bukan Islam nampak sedikit wajah keAnaan dan keAntaan berkurangan. Tapi masih ada lagi.

Ini adalah komen aku secara ikhlas demi kemajuan PAS. Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari aku. Yang baik itu ambillah dan yang buruk itu aku mintak maaf. Maklumlah, aku ini penulis suka - suka. bukanlah penulis professional. Sekadar memenuhi masa lapang dan hobi menulis.

Majulah PAS untuk ke PUTRAJAYA

23 Mei 2010

"You help me, I help U": no relevan

Aku sebagai hakim di alamaya ini telah memutuskan bahawasanya Tok Jib kita tidak bersalah. Meminjam kata - kata Augustine Paul "No Relevan". Cumanya, aku belum pasti lagi alasan apakah yang akan direka oleh SPRM untuk mentidakbersalahkan Tok Jib nanti. Kenapa perlu aku hakimi dulu? Sebab dah tau dah apa keputusannya sebelum SPRM buat keputusan. Oleh itu, cukup - cukuplah untuk memperbodohkan rakyat. Kami rakyat malaysia bukan macam zaman Jepun dulu. Yang tak tau apa - apa perkembangan semasa. Ruang maya ini juga telah banyak mendedahkan kebobrokan UMngok.

Zaman kediktatoran sudah bermula

Jika dulu, zaman CheDet kita hidup dengan keazaban oleh penganiayaan beliau kepada rakyat. Selepas ketuaan beliau yang tidak mampu lagi melawan kemaraan pihak PR maka, CheDet berhenti sebelum dia nazak dalam politik. Lalu digantikan dengan zaman PakLah yang serba lemah dan lembik. Setelah rakyat baru saja hilang sesak nafas, datang pulak PM yang serba lemah lembut dan penuh gemalai memimpin Malaysia dengan kebodohan. Kini, hadir pula seorang PM yang dipimpin oleh seorang yang bergigi lembut berhati ganas. Yang mana PM kali ini lebih buas. Nampak tenang bila duk jauh tapi akan kena baham bila kita mendekatinya. Macam harimau lapar yang tak diberi makan. Taktik dan kelicikan PM kali ini agak merbahaya kerana dibantu oleh Agen Yahudi yang dilantik secara langsung didalam hal ehwal kerajaan Malaysia. Kalau PM dulu bermuka - muka atau merasuah pengundi secara 'lempar batu sembunyi tangan' tapi kali ini, PM kita secara terang - terang lempar duit terang - terang. Hanya pengundi tunggul kayu yang masih lagi bersama PM kita ini. Buruk pada negara kita bilamana PM kali ini dinasihatkan oleh isteri tercinta. Tidak seperti sebelumnya dinasihat oleh menantu.

15 Mei 2010

Politik yang dikotorkan

Politik dalam masjid
Zaman Rasullullah S.A.W berpolitik dan banyak perkara lagi dibuat dimasjid. Pendek kata, sudah menjadi kebiasaan masjid bukan saja menjadi tempat untuk sembahyang dan mandi mayat saja. Tapi, dizaman sekarang, masjid terhad hanya untuk sembahyang, mandi mayat atau akad nikah. Skopnya lebih sempit. Kenapa ianya menjadi sempit? kerana pemerintah dinaungi oleh golongan sekular. Bukan dari susur galur risalah Rasul. Di Kelantan, MB adalah merupakan seorang yang setuju dengan fungsi masjid sebagai tempat serbaguna untuk apa - apa aktiviti melainkan yang dimurkai Allah S.W.T. Sebab itulah, bila berada di Serambi Mekah terasa tenang dan damai. Di lain - lain negeri yang sudah berada seolah - olah dalam zaman gelap jahiliah, memerlukan masa untuk Islam menjadi syiar.

Pro dan Kontra antara ulama
Dato Harun Din tidak bersetuju DAP menggunakan kalimah Allah tetapi sebaliknya bagi TGNA. Disini bagi orang yang jahil akan nampak perpecahan didalam PAS sebaliknya, mereka yang memahami perbezaan pendapat antara alim ulama adalah perkara biasa yang bukanlah isu besar. Kesan dari isu ini juga, akan ada ahli yang keluar PR dan menyertai UMNO. Yang menjadi kepelikan, keluar dari lubang najis yang bersih masuk dalam lubang najis yang penuh dengan tahi - tahi yang mereka sendiri tahu sewaktu didalam PR. Apa didalam fikiran mereka? cara berfikir bagaimana yang mereka gunakan? Sifir matematik apa yang mereka guna? Sewaktu isu kalimah ALLAH dulupun kesannya ramai keluar PR menyeberangi BN yang memang terang munafik dan menentang Islam dan hukum Allah. Samaada siapa yang betul tidak penting. Samaada TGNA atau Dato Harun Din tetapi disini bezanya kelebihan TGNA membawa risalah Islam. Jika perkara yang beliau tidak setuju walau siapa yang memberi pendapat beliau akan tegur berpandukan akal ilmiah beliau. Politik yang dibawa oleh TGNA amat bagus dan menjadi satu reformasi tanpa sedar dalam gerakan islam. Tidak hanya mengangguk mengiayakan jika pendapat itu datangnya dari pemimpin PAS sendiri.

Peluk bini PM dan peluk bekas PM
Agak kelakar sedikit tengok gelagat pemimpin tertinggi negara di Malaysia ini. Zaman Paklah dulu, kita menyaksikan Paklah suka peluk perempuan. Maka, banyaklah terpampang gambar Paklah peluk orang itu dan orang ini. Zaman PM Terrorist pula, Bini pulak suka peluk orang itu dan orang ini. Maka, banyaklah terpampang gambar peluk orang itu dan orang ini. Sedih tengok. Bukan sedih tengok dia peluk tapi sedih fikir bagaimanalah pengundi boleh pilih pemimpin PELUK - PELUK!!!.

Cara fikir pengundi
ini lagi satu yang agak mengelirukan. Apakah kriteria yang pengundi letak sewaktu mengundi. Terang dan jelas PM kita ada bersabit dengan pembunuhan yang tidak dihakimi lagi. Samaada betul atau tidak tetapi PM Malaysia memilih untuk tidak dihakimi. Dalam pemerhatian, nampak benar PM kita ni seorang yang pengecut dan bacul. Mungkin juga Dayus kepada rakyat malaysia. Kekadang tersenyum sorang - sorang tengok air muka pengecut selalu keluar TV. Tengok pula muka orang melayu yang masih lagi majoriti mengundi PM terrorist terfikir, kenapalah dangkal sangat minda orang melayu. Inikah sebuah bangsa yang hebat? bangsa yang bertamadun? Kekadang malu kat negara lain. Amerika yang jahat itupun, jika ada skandal maka masaklah kena gasak dan kena letak jawatan. Di Malaysia, Pemimpin yang poyo macam tu boleh rileks jea lagi dengan muka tak malu!!.

Ahli Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Internet
Jika dibandingkan AP Malaysia dengan AP internet, rasanya AP internet lebih matang berpolitik. berpencak silat digelanggang internet. Tak mudah gelabah. Tenang mengawal situasi dan emosi. Sebaliknya, AP malaysia bila saja Parti yang mereka naungi bermasalah, dengan penuh gelabah dan kadangkala tu nampak macam kebudak - budakan mereka akan keluar parti mereka dan lompat parti lain. Pulak tu, AP jenis lompat ni bukan kecik - kecik anak belajar. Ada yang bergelar Prof la, Dr la, Ir la, dan bla..bla..bla. Tapi mudah melatah. Strategi ni berlaku sejak Yahudi mengawal Malaysia disebalik tabir Kabinet Malaysia. Tidak akan ada kesudahan selagi belum tembakan mula PRU. Skrip mereka guna lebih kurang sama. Tetapi ada seorang AP yang aku respek. YB Manikavasagam. Beliau akan tegur parti dan kerajaan negerinya tetapi tetap setia dengan Partinya. Itulah tindakan yang betul dan bijak. Bukan bertindak keluar parti. Itulah pemimpin yang kita tunggu - tunggu selama ini. Jika ramai pemimpin begini dalam PKR rasanya PKR akan mantap dan teguh!!.

4 Mei 2010

Dewan tolak usul

Aku pelik juga dengan Dewan - dewan tak kiralah negara ke negeri ke atau apa - apa dewan yang ada kat malaysia ni. Isu negara yang perlu dibahaskan selalu ditolak. Apa... dewan niey nak bincang isu apa? isu kencing tak lawas? isu warna seluar dalam? tak tahulah apa jenis dewan kat malaysia niey. Kalau Dewan sekolah tu kire oklah.

RM50ribu tiap bahagian MCA Perak

didalam Harakah, Setiausaha Secretariat PR Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menyatakan kerajaan Perak yang diterajui oleh MB haram Dato Seri Zambry telah bersetuju untuk menumbang RM50ribu kepada setiap bahagian MCA di Perak. Disini aku sebagai orang melayu, nak minta dengan PERKASA atas nama melayu, apakah taknak bersuara tentang hal ini? kalau PR yang buat pasti PERKASA akan mengaum. Lagu mano Barahim weii?. Kalu senyap gak, cabut batu pelir tuee.
Bila brahim guna pertubuhan melayu sebagai platform maka aku pun berhak juga keatas PERKASA. Sebab aku pun melayu. Jadi, Brahim kenalah menyalak juga pasal isu niey.

Kicdefella: membenarkan beliau penulis upahan

Pengakuan terbuka Kickdefella berhubung kenyataannya berkenaan bayaran RM4juta untuk menjatuhkan PakLah membuktikan bahawasanya beliau adalah penulis upahan. Persoalannya pula, sekarang siapa pula yang membayar kepada beliau untuk menyerang PAS Kelantan?. Ini juga harus didedahkan. Kerana penulis upahan menulis berasaskan upah. Selama ini beliau menulis kerana upah. Siapa yang upah tidak penting lagi. Yang penting kita tahu Kicdefella adalah penulis upahan.

Aku juga menulis tetapi tiada siapa pun yang mengupah.. Aku menulis kerana minat dan perjuangan. Ini salah satu cara perjuangan yang aku mampu buat. Bukan kerana PAS atau Keadilan upah. Maknanya, taraf Kicdefella dengan aku, aku lebih bermaruah!!.

Fikir - fikirkanlah apa yang ditulis oleh penulis upahan. Etika penting telah dijual dengan harga. Harga etika penulisan bagi aku tidak ternilai.

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet