14 Okt 2011

HUDUD; satu penyelesaian?

Hudud. satu perkataan yang selalu menggemparkan benak fikiran BN mahupun PR.Jika isu lain diulang cetak; kebanyakannya memakan masa hanya beberapa hari. Sebaliknya, isu hudud diputar sampai berminggu - minggu sampai naik muak mendengarnya. Berbagailah komen dan komentar dilemparkan oleh sesiapa saja di dada - dada akhbar. Ada yang berkata begitu dan begini. macam - macam tuduhan dibuat. Yang paling hangat sekali nama DAP dan PAS menjadi bualan hangat. Pelik yea bunyinya. Ada yang mengatakan rakyat malaysia perlu diberi kefahaman tentang hudud dulu baru boleh dilaksana. ada yang mengatakan hudud belum sesuai dilaksanakan. bermacam tafsiran dibuat. Perkara ini menjadi meruncing hanya kerana satu sebab. Sebabnya umno tidak mahu melaksanakan dan menentang pula hudud. Sekiranya umno menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud; apakah ada lagi suara sumbing DAP? bayangkanlah Ahli parlimen dari umno dan PAS bersatu hati menyokong dan melaksanakan hudud apa yang boleh dibuat oleh DAP dan MCA? mereka melalak kerana mereka tahu umno taknak laksanakan hudud. Jika umno dan PAS bersama - sama menyokong hudud nescaya tidak timbul lagi suara sumbing DAP. Dan didalam DAP sendiripun, hanya kuda tua saja yang beriya - iya benar menentang hudud. Pemimpin muda DAP tidak lagi menyinga kepada hudud. Kerana mereka sudahpun faham tentang realiti hudud di mata rakyat malaysia. Hudud adalah hak orang islam. Siapa dia DAP untuk menyanggah hudud? Si Karpal(kepala penentang) hudud sepatutnya balik kaji semula agama dia yang tak cukup lengkap(syumul).Duk menyibuk menentang hudud. Islam agama yang menyeluruh. bukan saja bab Puasa, haji dll tetapi merangkumi kehidupan sehari - hari. Kenapa yang dengki sangat dengan hudud? adakah org islam mengganggu hak agama karpal? Kalau agama yang kamu anuti tak ada undang - undang jenayah. fikir - fikirkanlah tentang agama yang kamu anuti.

Internet dan PR

Sayang seribu kali sayang. apa yang disayang?tentulah perjuangan menghapuskan umno dari muka bumi ini.aku melayari internet sejak penghujung 90an lagi. internet merupakan jaringan terpenting perjuangan menentang umno . Hanya tempo saja yang berubah. Dulunya blog - blog menjadi tatapan rakyat. Tetapi sekarang, akhbar online seperti Malaysiakini, serta FB menjadi medan untuk mendapat dan berkongsi maklumat. Sayangnya, PR tidak dapat menggunakan segenap ruang alamaya ini untuk memberikan seluruh maklumat kepada penyokong dan pendokong serta mereka diatas pagar. Apa tidaknya; Keadilandaily serta Harakahdaily seperti tidak bermaya. Memboringkan dan kaku berbanding Malaysiakini yang lebih bersifat mesra pembaca. Sepatutnya, PR menggunakan kesempatan internet seluas - luasnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan menarik minat untuk pembaca melayari sesawang PR agar mereka sentiasa ingin membuka laman PR. Malangnya, paparan pada keadilandaily serta harakahdaily amat membosankan. berbuatlah sesuatu wahai sahabat - sahabatku disana.

25 Jul 2011

Auntie BERSIH

Kebanggaan rakyat kelate

Perhimpunan anak kelantan 30julai 2011

Himpunan anak-anak Kelantan di perantauan
Tempat: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Tarikh: 30 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: 9:00 pagi sehingga malam
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan

Antara tokoh yang hadir
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco-exco dan Wakil-wakil rakyat Kelantan
Semua rakyat terutama anak-anak Kelantan dijemput hadir.
Solat Asar berjemaah bersama-sama Tuan Guru Nik Aziz, kemudian Majlis perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/himpunan-anak-anak-kelantan-di.html#ixzz1T8geVUZ5

10 Jun 2011

Mat Yeh

Gemuloh Mat Yeh
Ni Napok Baloh Besar


Gula Ike Puyu


Galo Patoh Naggar


Saye Nok Putuh Kasih


Ni Napok Baloh Besar

7 Apr 2011

Muka - muka yang didakwa/belum didakwa rasuah

semua melayu. keje malas. duit banyak. goyang kaki. rakyat bawahan jadi mangsa. pergi gertak orang sana sini. sembang pasal duit. buat enjin kereta baik punya. bagi makan anak bini sedap - sedap(ciri - ciri perasuah).bukan hanya pada jabatan imegresen dan kastam saja tapi kalau nak semak dan siasat, tengok jugalah semua kementerian yang melibatkan penguatkuasaan yang perlu ambil upah dan saman menyaman. yang dakwa dan belum didakwa baru 1persen aje. yang buat tu ramai lagi. kena buat la penjara banyak - banyak. tu wayang nak tunjuk kat rakyat semata - mata nak tutup desakan siasatan keatas mat uban kat sarawak. yang secuit rasuah la yang jadi mangsa. kalau kepala tak rasuah ekor tak berani.
komen ni bukan kepada muka - muka diatas tetapi kepada mereka yang diluar yang masih bebas dengan duit kopi mashuuuuuuukkkkkkk!!!!!

Hasil daripada mengundi Pakatan Rakyat di Selangor

BEKALAN AIR PERCUMA BAGI 20 METER PADU
SKIM MESRA USIA EMAS
TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG
HADIAH ANAK MASUK IPT
PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN & MINERAL
PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI

Temerloh: kilang pejuang melayu pahang

Sudah hampir 12tahun aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi, 2bulan yang lalu barulah 'sireh pulang ke gagang'. Lari dari hiruk pikuk kota yang sentiasa sibuk dan mencengkam perasaan. Temerloh bukanlah nama asing bagi negeri Pahang. Merupakan sebuah bandar yang kedua terbesar selepas Kuantan. Temerloh kini lebih dikenali sebagai "Temerloh bandar ikan Patin" cukup sinonim dengan penduduk Temerloh yang memang terkenal dengan ikan patin yang banyak dijual ditepi - tepi jalan.

Sewaktu sebelum kemerdekaan lagi Temerloh tidak kurang hebatnya dengan cerita - cerita penentangan rakyat terhadap kezaliman penjajah. Pejuang yang berhaluan kiri juga tak kurang hebatnya. Ada antara mereka yang sudah meninggal dunia dan ada lagi yang masih hidup. Namun, mereka disisihkan dan tidak diiktiraf sebagai pejuang serta tidak diberi apa - apa gelaran untuk diberi penghargaan.

bersambung....

Boikot Produk Zionis Israel

Koleksi Gemuloh Mat Yeh

22 Mac 2011

10 Mac 2011

interlok dan judi

2 persoalan utama yang berkisar di media merupakan perkara mudah saja tetapi sebaliknya disusahkan. Interlok merupakan novel yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan untuk sukatan pelajaran Tingkatan 5 disekolah bermula tahun 2011. Bagaimanapun segelintir masyarakat india membantah dengan keras sehingga isu ini berlarutan sampaikan pelajar sekolah memulangkan buku interlok kepada guru.

Di Malaysia kita mempunyai 3 kaum yang berbeza dan pemikiran yang berbeza. Sekiranya salah satu kaum tidak dapat menerima Interlok sewajarnya kerajaan mengambil pendekatan untuk tidak meneruskannya. Kita tidak boleh memaksa orang lain menerima. Persoalan betul atau salah itu bukan sebabnya. Walaupun kita mendakwa interlok tidak menyinggung perasaan kaum india tetapi itu pemikiran kita dan penilaian kita. Penilaian orang tidak sama. Penilaian sesuatu kaum tidak sama. Kenapa perlu memaksa? Saya tidak membaca novel interlok tetapi saya percaya kepada para pakar sastera yang menilai dan mengatakan interlok tidak menyinggung perasaan kaum india. Walaupun saya menyokong pendirian para sastera negara kita tetapi saya tidak setuju kita memaksa orang lain menerima penilaian kita. apatah lagi apa yang kita tulis bersangkut paut dengan kaum lain.
Jalan dan pendekatan terbaik yang harus diambil oleh kerajaan sewajarnya menangguhkan dulu keputusan. banyak lagi novel lain yang boleh dipelajari. Mandul sangatkah sasterawan negara ini sehingga dah tak ada novel lain untuk diangkat?

Judi
Kebelakangan ini Judi ditimbulkan kembali oleh parti yang menimbulkan isu bersalam di PRK Tenang tempohari. Pun satu perkara yang mudah tetapi dipayahkan. Kenapa begitu? Kata BN judi tidak boleh disekat kepada orang islam. Memanglah, Orang islam pun taknak sekat orang bukan islam berjudi. samaada mereka nak berjudi sampai muntah darah sekalipun lantak la. yang rugi bukan orang islam tetapi bilamana orang bukan islam jual judi kenapa jual kepada orang islam? kerana keuntungan. Dah tau nak berjudi, korang berjudilah sampai berak cair pun. apa orang islam kesah. yang dikesahkan adalah jual kepada orang islam. Penguatkuasa pun kenalah bertindak ikut keadaan. Jika orang bukan islam jual sesama mereka, janganlah kita berkeras sangat sebab itu hak mereka. Sebaliknya jika judi dijual kepada orang islam maka sesangatlah wajar penguatkuasa menutup terus penjualan judi itu. Tiada lagi isu.

Perkara pokok adalah, permainan politik BN berkisar kepada melagakan antara kaum dan agama. Mengikut pusingan mereka. Selepas isu kaum mereka akan guna isu agama, selepas isu agama mereka akan guna isu kaum pula begitu sebaliknya. Jadi, wajar sangatlah BN ditolak terus sehinggalah dia sedar diri barulah kita bagi sokongan kepada BN kembali.

2 Mac 2011

5 rukun negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang - Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan

Perghh!!! aku masih lagi ingat 5rukun negara yang diikrarkan setiap hari isnin didepan murid - murid SK LKTP Triang 2. Sebagai ketua pelajar aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar yang penuh bermakna yang diajar oleh para guru yang dedikasi mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Begitu juga aku percaya pada murid - murid yang lain amat bangga dapat melafazkan ikrar itu walaupun tidak memahami sepenuhnya 5rukun yang dibaca.
Kalau 20thn dulu aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar itu diperhimpunan sekolah, kini aku berasa malu pada diri sendiri kerana berasa ikrar itu hanyalah ikrar palsu yang diciptakan pemerintah sebagai gula - gula kepada rakyatnya. Bayangkanlah 5rukun negara diatas boleh dikatakan keseluruhannya dilanggar dan dimain - mainkan oleh para pemerintah negara Malaysia ini.
Kepercayaan kepada tuhan. Percayakah pemerintah kepada tuhan? banyak perkara yang melanggari kepercayaan ini. Pemerintah lebih percayakan kepada nasionalisme.
Kesetiaan kepada raja dan negara. Hmm....terlalu banyak untuk diulas. cukuplah perkataan kami nak derih, natang!!! sebagai rujukan kepada yang lupa.

Keluhuran Perlembagaan - lihat saja apa yang berlaku di Perak dan di Selangor. Perlembagaan jadi senda gurau.
Kedaulatan Undang - undang. Siapa percaya dengan undang - undang kita? undang - undang kita terbahagi kepada dua set. Satu untuk golongan atasan dan satu untuk golongan bawahan.
Kesopanan dan Kesusilaan - Rujuk Kelakuan MB Pahang tunjukkan isyarat tangan (salah satu bukti yg terang dan nyata)

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet