22 Mac 2011

10 Mac 2011

interlok dan judi

2 persoalan utama yang berkisar di media merupakan perkara mudah saja tetapi sebaliknya disusahkan. Interlok merupakan novel yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan untuk sukatan pelajaran Tingkatan 5 disekolah bermula tahun 2011. Bagaimanapun segelintir masyarakat india membantah dengan keras sehingga isu ini berlarutan sampaikan pelajar sekolah memulangkan buku interlok kepada guru.

Di Malaysia kita mempunyai 3 kaum yang berbeza dan pemikiran yang berbeza. Sekiranya salah satu kaum tidak dapat menerima Interlok sewajarnya kerajaan mengambil pendekatan untuk tidak meneruskannya. Kita tidak boleh memaksa orang lain menerima. Persoalan betul atau salah itu bukan sebabnya. Walaupun kita mendakwa interlok tidak menyinggung perasaan kaum india tetapi itu pemikiran kita dan penilaian kita. Penilaian orang tidak sama. Penilaian sesuatu kaum tidak sama. Kenapa perlu memaksa? Saya tidak membaca novel interlok tetapi saya percaya kepada para pakar sastera yang menilai dan mengatakan interlok tidak menyinggung perasaan kaum india. Walaupun saya menyokong pendirian para sastera negara kita tetapi saya tidak setuju kita memaksa orang lain menerima penilaian kita. apatah lagi apa yang kita tulis bersangkut paut dengan kaum lain.
Jalan dan pendekatan terbaik yang harus diambil oleh kerajaan sewajarnya menangguhkan dulu keputusan. banyak lagi novel lain yang boleh dipelajari. Mandul sangatkah sasterawan negara ini sehingga dah tak ada novel lain untuk diangkat?

Judi
Kebelakangan ini Judi ditimbulkan kembali oleh parti yang menimbulkan isu bersalam di PRK Tenang tempohari. Pun satu perkara yang mudah tetapi dipayahkan. Kenapa begitu? Kata BN judi tidak boleh disekat kepada orang islam. Memanglah, Orang islam pun taknak sekat orang bukan islam berjudi. samaada mereka nak berjudi sampai muntah darah sekalipun lantak la. yang rugi bukan orang islam tetapi bilamana orang bukan islam jual judi kenapa jual kepada orang islam? kerana keuntungan. Dah tau nak berjudi, korang berjudilah sampai berak cair pun. apa orang islam kesah. yang dikesahkan adalah jual kepada orang islam. Penguatkuasa pun kenalah bertindak ikut keadaan. Jika orang bukan islam jual sesama mereka, janganlah kita berkeras sangat sebab itu hak mereka. Sebaliknya jika judi dijual kepada orang islam maka sesangatlah wajar penguatkuasa menutup terus penjualan judi itu. Tiada lagi isu.

Perkara pokok adalah, permainan politik BN berkisar kepada melagakan antara kaum dan agama. Mengikut pusingan mereka. Selepas isu kaum mereka akan guna isu agama, selepas isu agama mereka akan guna isu kaum pula begitu sebaliknya. Jadi, wajar sangatlah BN ditolak terus sehinggalah dia sedar diri barulah kita bagi sokongan kepada BN kembali.

2 Mac 2011

5 rukun negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang - Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan

Perghh!!! aku masih lagi ingat 5rukun negara yang diikrarkan setiap hari isnin didepan murid - murid SK LKTP Triang 2. Sebagai ketua pelajar aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar yang penuh bermakna yang diajar oleh para guru yang dedikasi mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Begitu juga aku percaya pada murid - murid yang lain amat bangga dapat melafazkan ikrar itu walaupun tidak memahami sepenuhnya 5rukun yang dibaca.
Kalau 20thn dulu aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar itu diperhimpunan sekolah, kini aku berasa malu pada diri sendiri kerana berasa ikrar itu hanyalah ikrar palsu yang diciptakan pemerintah sebagai gula - gula kepada rakyatnya. Bayangkanlah 5rukun negara diatas boleh dikatakan keseluruhannya dilanggar dan dimain - mainkan oleh para pemerintah negara Malaysia ini.
Kepercayaan kepada tuhan. Percayakah pemerintah kepada tuhan? banyak perkara yang melanggari kepercayaan ini. Pemerintah lebih percayakan kepada nasionalisme.
Kesetiaan kepada raja dan negara. Hmm....terlalu banyak untuk diulas. cukuplah perkataan kami nak derih, natang!!! sebagai rujukan kepada yang lupa.

Keluhuran Perlembagaan - lihat saja apa yang berlaku di Perak dan di Selangor. Perlembagaan jadi senda gurau.
Kedaulatan Undang - undang. Siapa percaya dengan undang - undang kita? undang - undang kita terbahagi kepada dua set. Satu untuk golongan atasan dan satu untuk golongan bawahan.
Kesopanan dan Kesusilaan - Rujuk Kelakuan MB Pahang tunjukkan isyarat tangan (salah satu bukti yg terang dan nyata)

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet