14 Okt 2011

HUDUD; satu penyelesaian?

Hudud. satu perkataan yang selalu menggemparkan benak fikiran BN mahupun PR.Jika isu lain diulang cetak; kebanyakannya memakan masa hanya beberapa hari. Sebaliknya, isu hudud diputar sampai berminggu - minggu sampai naik muak mendengarnya. Berbagailah komen dan komentar dilemparkan oleh sesiapa saja di dada - dada akhbar. Ada yang berkata begitu dan begini. macam - macam tuduhan dibuat. Yang paling hangat sekali nama DAP dan PAS menjadi bualan hangat. Pelik yea bunyinya. Ada yang mengatakan rakyat malaysia perlu diberi kefahaman tentang hudud dulu baru boleh dilaksana. ada yang mengatakan hudud belum sesuai dilaksanakan. bermacam tafsiran dibuat. Perkara ini menjadi meruncing hanya kerana satu sebab. Sebabnya umno tidak mahu melaksanakan dan menentang pula hudud. Sekiranya umno menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud; apakah ada lagi suara sumbing DAP? bayangkanlah Ahli parlimen dari umno dan PAS bersatu hati menyokong dan melaksanakan hudud apa yang boleh dibuat oleh DAP dan MCA? mereka melalak kerana mereka tahu umno taknak laksanakan hudud. Jika umno dan PAS bersama - sama menyokong hudud nescaya tidak timbul lagi suara sumbing DAP. Dan didalam DAP sendiripun, hanya kuda tua saja yang beriya - iya benar menentang hudud. Pemimpin muda DAP tidak lagi menyinga kepada hudud. Kerana mereka sudahpun faham tentang realiti hudud di mata rakyat malaysia. Hudud adalah hak orang islam. Siapa dia DAP untuk menyanggah hudud? Si Karpal(kepala penentang) hudud sepatutnya balik kaji semula agama dia yang tak cukup lengkap(syumul).Duk menyibuk menentang hudud. Islam agama yang menyeluruh. bukan saja bab Puasa, haji dll tetapi merangkumi kehidupan sehari - hari. Kenapa yang dengki sangat dengan hudud? adakah org islam mengganggu hak agama karpal? Kalau agama yang kamu anuti tak ada undang - undang jenayah. fikir - fikirkanlah tentang agama yang kamu anuti.

Internet dan PR

Sayang seribu kali sayang. apa yang disayang?tentulah perjuangan menghapuskan umno dari muka bumi ini.aku melayari internet sejak penghujung 90an lagi. internet merupakan jaringan terpenting perjuangan menentang umno . Hanya tempo saja yang berubah. Dulunya blog - blog menjadi tatapan rakyat. Tetapi sekarang, akhbar online seperti Malaysiakini, serta FB menjadi medan untuk mendapat dan berkongsi maklumat. Sayangnya, PR tidak dapat menggunakan segenap ruang alamaya ini untuk memberikan seluruh maklumat kepada penyokong dan pendokong serta mereka diatas pagar. Apa tidaknya; Keadilandaily serta Harakahdaily seperti tidak bermaya. Memboringkan dan kaku berbanding Malaysiakini yang lebih bersifat mesra pembaca. Sepatutnya, PR menggunakan kesempatan internet seluas - luasnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan menarik minat untuk pembaca melayari sesawang PR agar mereka sentiasa ingin membuka laman PR. Malangnya, paparan pada keadilandaily serta harakahdaily amat membosankan. berbuatlah sesuatu wahai sahabat - sahabatku disana.

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet