Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Kedaulatan Undang - Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan
Perghh!!! aku masih lagi ingat 5rukun negara yang diikrarkan setiap hari isnin didepan murid - murid SK LKTP Triang 2. Sebagai ketua pelajar aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar yang penuh bermakna yang diajar oleh para guru yang dedikasi mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Begitu juga aku percaya pada murid - murid yang lain amat bangga dapat melafazkan ikrar itu walaupun tidak memahami sepenuhnya 5rukun yang dibaca.
Kalau 20thn dulu aku berasa bangga dapat melafazkan ikrar itu diperhimpunan sekolah, kini aku berasa malu pada diri sendiri kerana berasa ikrar itu hanyalah ikrar palsu yang diciptakan pemerintah sebagai gula - gula kepada rakyatnya. Bayangkanlah 5rukun negara diatas boleh dikatakan keseluruhannya dilanggar dan dimain - mainkan oleh para pemerintah negara Malaysia ini.
Kepercayaan kepada tuhan. Percayakah pemerintah kepada tuhan? banyak perkara yang melanggari kepercayaan ini. Pemerintah lebih percayakan kepada nasionalisme.
Kesetiaan kepada raja dan negara. Hmm....terlalu banyak untuk diulas. cukuplah perkataan kami nak derih, natang!!! sebagai rujukan kepada yang lupa.
Keluhuran Perlembagaan - lihat saja apa yang berlaku di Perak dan di Selangor. Perlembagaan jadi senda gurau.
Kedaulatan Undang - undang. Siapa percaya dengan undang - undang kita? undang - undang kita terbahagi kepada dua set. Satu untuk golongan atasan dan satu untuk golongan bawahan.
Kesopanan dan Kesusilaan - Rujuk Kelakuan MB Pahang tunjukkan isyarat tangan (salah satu bukti yg terang dan nyata)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.