Sudah hampir 12tahun aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi, 2bulan yang lalu barulah 'sireh pulang ke gagang'. Lari dari hiruk pikuk kota yang sentiasa sibuk dan mencengkam perasaan. Temerloh bukanlah nama asing bagi negeri Pahang. Merupakan sebuah bandar yang kedua terbesar selepas Kuantan. Temerloh kini lebih dikenali sebagai "Temerloh bandar ikan Patin" cukup sinonim dengan penduduk Temerloh yang memang terkenal dengan ikan patin yang banyak dijual ditepi - tepi jalan.
Sewaktu sebelum kemerdekaan lagi Temerloh tidak kurang hebatnya dengan cerita - cerita penentangan rakyat terhadap kezaliman penjajah. Pejuang yang berhaluan kiri juga tak kurang hebatnya. Ada antara mereka yang sudah meninggal dunia dan ada lagi yang masih hidup. Namun, mereka disisihkan dan tidak diiktiraf sebagai pejuang serta tidak diberi apa - apa gelaran untuk diberi penghargaan.
bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.