24 Mei 2010

PAS: Kurang memberangsangkan?

Selepas 2 tahun PR mencipta kemenangan, masih banyak lagi yang harus diperbetulkan. Diperhalusi serta disusun agar tampak lebih kemas dan teratur. Jika dikira peranan yang dilakukan antara ketiga - tiga parti komponen selain 2 parti baru gabungan PR, ada sedikit kelemahan yang perlu diatasi.

Disini, ingin disentuh adalah peranan PAS dalam mendapatkan undi orang melayu. Sepanjang pilihanraya kecil selepas PRU yang lalu, tampak dengan jelas undi melayu begitu merosot kepada PR. Sungguhpun undi kaum muda masih mendominasi undi untuk PR tetapi ianya amat membimbangkan. Jika diukur kepada parti manakah yang harus mencuit hati pengundi melayu pastilah letaknya dibahu PAS dan sebahagiannya PKR. Tetapi PAS lebih layak untuk menguasai golongan melayu ini.

PAS amat berperanan keatas sikap dan mood pengundi melayu secara dasarnya. PAS nampaknya kurang menyerlah sedari awal lagi untuk menarik pengundi melayu. Pasti ada silapnya. Dimana? cuba dianalisis dan di mortemkan, banyak juga sebabnya. Peranan yang dimainkan tidak begitu menyerlah. Masakan PKR yang baru setahun jagung lebih banyak mendapat kerusi berbanding PAS dan DAP yang sudah lama didalam persada politik tanahair. Tidak dinafikan PAS mempunyai rekod yang bersih. Tetapi rekod bersih bukanlah syarat kejayaan. Tetapi rekod yang bersih mestilah disertakan dengan strategi dan tindakan yang betul untuk berjaya. PAS harus mengkaji dimana silapnya. Adakah masyarakat tidak menyukai PAS?. Adakah PAS tidak cukup baik? adakah PAS parti pak lebai? adakah PAS tidak berjiwa rakyat?.

Didalam banyak - banyak persoalan rasanya bukan itu yang dicari. Hanya satu perkara yang kurangnya didalam PAS. PAS tidak mempunyai strategi perang yang betul. Memang benar PAS mempunyai jentera yang jauh lebih hebat daripada DAP ataupun PKR..tetapi PAS harus lebih dari itu. Bukan sekadar jentera yang kuat saja tetapi memerlukan seorang jeneral yang mampu merobek kubu lawan dengan berkesan. Ada benarnya juga kata - kata YB Zul Noordin dari Bandar Baru Kulim. PR dalam mood penafian walaupun bukanlah betul 100% tetapi ada benarnya juga. Pengakuan DSAI tentang ada sedikit keretakan dalam PKR adalah perkara yang ingin didengar oleh rakyat.

Masih ingat lagi sebelum 16Sept PR amat teguh sehinggakan dirasakan begitu sukar untuk direbah. Ianya mula pincang apabila Perak jatuh ketangan BN dalam siri rampasan kuasa yang boleh dikatakan riak - riak kecil tsunami di Negeri Perak. Selepas itu, PR menari mengikut rentak BN.

DiSelangor, PAS dipimpin oleh YB Hassan Ali dari Gombak. Kepimpinan YB Hassan Ali pada awalnya nampak goyah. Diikuti oleh isu sessi risik merisik antara pimpinan UMNO dan PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak menjadi. TGNA memainkan peranan mematikan isu kerajaan perpaduan. Mujurlah sekatan yang dilakukan oleh TGNA dapat mengelak dari ahli - ahli PAS terus bersengketa sesama sendiri. Sekarang, ahli - ahli PAS tidak lagi semesra dulu. Kesepakatan tidak lagi seintim dulu. Jika dulu, sengketa hanya secara diam tetapi sekarang nampak kepada umum. Amat perit juga untuk membetulkan keadaan yang dibuat oleh geng kerajaan perpaduan. Yang membuatkan ahli hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan yang ada selepas muktamar yang lalu. Sudah 2 tahun berlalu, PAS nampak semakin baik tetapi kurang berkesan didalam membawa isu - isu umat islam di Selangor. Tak tahulah adakah ini kerana kelemahan pimpinan yang ada atau sebaliknya. PAS nampak lesu apabila berdepan dengan UMNO. Rasanya, PAS memerlukan seorang Jeneral perang yang hebat untuk membawa wadah PAS lebih kedepan berbanding UMNO. Pernah juga aku bertanya kepada seorang ahli PAS yang amat optimis bekerja untuk PAS sebelum kemenangan. Katanya" selepas ini jika pemimpin suruh buat kerja, jentera PAS memang buat tapi bukan percuma lagi, kena bagi upah" dengan nada kecewa dengan cara pimpinan PAS. Ahli akar umbi PAS yang bekerja kuat memenangkan PAS begitu kecewa dengan permainan politik di setiap Kawasan. PAS sama seperti PKR juga, baik diperingkat Pusat tapi buruk di peringkat Kawasan atau Bahagian.

Ketua Pemuda PAS selepas YB Sallehudin Ayub

Penggantian KP PAS selepas YB Sallehudin pun memainkan peranan juga. Sewaktu era YB Sallehudin dulu, Pemuda PAS nampak sangat garang dan bertenaga. Pada zaman Ustaz Nasrudin Tantawi Pemuda nampak masih bertaring cumanya Ustaz Nas sedang mencari rentak mengikut iramanya. Aku juga sebenarnya peminat kepada Ustaz Nas ini. Kerana suara ustaz Naz serak - serak macam TG Haji Hadi kita (Presiden PAS). Dan aku juga merupakan pengundi yang mengundi Ustaz Naz di Parlimen MARAN pada PRU yang lalu. Rasanya, zaman kegemilangan PAS dibawah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor beluim lagi nampak kegemerlapannya sekarang. Kena tunggu Muktamar lagi untuk pemilihan pimpinan yang akan datang. Kepimpinan yang ada sekarang pada pandangan aku nampak seperti separuh masak. Ada yang bagus dan ada yang tidak menyerlah!!.

Sebagai pemerhati aku lebih fokus di negeri Selangor kerana aku berada dan tinggal di negeri Selangor. Hati tak puas tengok pimpinan PAS bekerja di Negeri Selangor ini. Lesu dan tidak bermaya. Hanya sesekali ngauman dari PAS yang memecah kesunyian politik Selangor. Sebenarnya, jika digembleng kekuatan PAS dinegeri Selangor, PAS mampu menjadi idola setiap masyarakat di Selangor. Hanya ada satu individu yang begitu nyaring iaitu AP Shah Alam. YB Khalid Samad. Kini taringnya dah ditumpulkan. Tunggu habis edah dulu. Harap YB Khalid Samad masih lantang selepas ini menggegarkan bumi Selangor dengan isu - isu yang panas. Memang diakui YB PAS memang kuat bekerja untuk rakyat. Tetapi kerja saja tidak memadai. Perlu pandai berpencak silat berpolitik. Barulah digeruni kawan dan lawan. Lihat saja TGNA. Karektor yang sangat hebat. Digeruni kawan dan lawan. Tak tahulah selepas ini ada lagikah Guru Pondok yang akan berada dipentas politik menggantikan TGNA.

Kelompok Ana dan Anta

Salah satu faktor yang aku lihat dari dulu sampai sekarang adalah jemaah PAS lebih suka dengan kelompoknya sahaja. Tidak mahu keluar berdampingan dengan masyarakat dan ahli UMNO. Jika anda boleh  menyebut ANA dan ANTA didalam komunikasi, nescaya anda dekat dengan kelompok PAS. Jika tidak, anda pasti jauh dari PAS. Inilah yang menyukarkan PAS bergerak. Kelompok ANA dan ANTA masih kuat kepuakan. Tidak mahu bermasyarakat. Jadilah penyokong tegar PAS dalam komuniti tersendiri. Cuma, sejak banyak golongan Professional berada didalam PAS dan kewujudan pula Dewan Orang Bukan Islam nampak sedikit wajah keAnaan dan keAntaan berkurangan. Tapi masih ada lagi.

Ini adalah komen aku secara ikhlas demi kemajuan PAS. Yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari aku. Yang baik itu ambillah dan yang buruk itu aku mintak maaf. Maklumlah, aku ini penulis suka - suka. bukanlah penulis professional. Sekadar memenuhi masa lapang dan hobi menulis.

Majulah PAS untuk ke PUTRAJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet