Semalam aku mencuba untuk mencalonkan diri bertanding ketua amk kelana jaya walaupun tidaklah selayak manapun. tetapi sekadar ingin menyekat calon yang suka fitnah dan kaki projek daripada menjadi ketua. Tanggungjawabku selesai untuk itu.
aku tidak terkilan kerana calon bawa perangai umno kedalam pkr khususnya kelana jaya tetapi aku amat terkilan kerana orang yang layak menyekat telah tarik diri disaat akhir. Dan calon itu lebih utamakan strateginya untuk memanjat tangga politiknya dengan cepat. Walaupun beliau tahu AMK KJ akan rosak.
Seperti biasa, aku tiada apa dalam parti dan parti tiada apapun dalam aku. Perniagaan aku lebih utama. Perniagaanku tak perlu menyuap rasuah untuk dapat projek. Tak perlu ampu orang itu dan ini. Tak perlu politik untuk terus hidup. Jadi, kegagalan aku menjadi calon tidaklah ada apa maknapun. Selama ini pun aku hanyalah aktivis tak bergaji untuk parti. Hanyalah calon payung terjun yang cuba melawan calon berjiwa umno bertopeng PKR.
Sebelum menang PRU yang lalu, PKR penuh dengan kekuatan dan jiwa dan semangat mendokong prinsip parti. Selepas menang, membuak - buak mereka yang kejar projek berdamping dalam parti. PKR Kelana Jaya aman dan tenteram. Tetiba saja setelah 2 tahun menang di Selangor, PKR tidak seharmoni dulu lagi. Terasa juga rindu saat - saat bekerja sewaktu belum menang. Rasa seronok PKR kalah daripada PKR menang!!!.
Untuk pertandingan di peringkat cabang atau pusat tidaklah aku ambil pusingpun. Sekadar mendengar cerita dan berita dari sahabat seperjuangan. Tidak team itu dan team ini. cuma, nampak perbezaan adalah kerana sewaktu kalah dulu Ketua tidak dicabar dan tercabar!!! bila sudah menang sudah ada pencabar tetapi yang dicabar sudah tiada. Tinggallah kosong untuk diisi oleh seseorang. Siapapun yang akan mengisi kekosongan tidak juga aku ambil pusing. Dan tidak juga aku terasa nak bertanding. Sebab aku bukanlah orang politik sepenuhnya. Sekadar mengikut sahabat berpolitik kepartian.
Mesej yang ingin aku sampaikan pada pemilihan nanti pasti undi aku dan rakan - rakan. Hak aku sebagai pengundi akan digunakan sebaiknya. Yang pasti team yang lemah dan bodoh tidak akan aku undi. Walaupun team lemah dan bodoh ini orang yang baik - baik tetapi mesej amat jelas perlu diajar supaya perlu menjadi berani untuk mengekalkan keadilan dan kebenaran.
Aku fikir, perubahan demi perubahan pucuk pimpinan cuba usahakan, rasanya PKR tidak mampu berubah dengan lebih baik selagi pemimpin yang berjiwa rakyat terus lemah sebaliknya penyangak semakin hebat mengambil tempat untuk naik hirarki parti. Kemanalah hendak pergi pemimpin berjiwa rakyat jika hanya sekerat dua sahaja yang berada didalam sebaliknya dipenuhi dengan sampah sarap yang kotor!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.