2 Jun 2010

JKKK: lebih sudu pada kuah

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK merupakan satu jawatankuasa kampung yang menyelia sesebuah kampung. Pada zaman BN dulu, JKKK adalah lubuk untuk menjadi pemimpin BN. JKKK pada waktu pemerintahan BN sangat dibenci oleh masyarakat kerana peranannya lebih sudu pada kuah.

Pada kali ini JKKK sudah bertukar wajah dibawah kerajaan PR. Walaubagaimanapun, tidak banyak yang berubah. Peranannya tetap sama. Yang bertukar mungkin gaya dan lengoknya. JKKK dikebanyakan tempat tak kiralah dibawah BN atau PR selalunya lebih sudu pada kuah. Mereka ini lebih bersifat sebagai "Penguatkuasa". Agak - agak peranan sebagai Penguatkuasa mampukah merubah masalah sosial masyarakat?.

Sebelum PR menang PRU yang lalu, Pemimpin tempatan taraf JKKK Parti Islam SeMalaysia (PAS) amat suka dengan sikap tidak mesra pemuda. Sebagai contoh, jika ada pemuda yang berdating, kerja mereka adalah menangkap pesalah terbabit. Peranan sebegitu lebih bersifat penguatkuasa. Zaman berubah, bertindak juga perlu mengikut peredaran zaman. Sebelum anak muda buat silap adakah golongan JKKK ini mendekati golongan anak muda? Jawapannya tidak. Mereka lebih suka dengan kelompok 'ana' dan 'anta' mereka sepertimana ulasan saya sebelumnya. Bilamana golongan muda terdedah dengan masalah sosial, golongan jenis JKKK ini lebih suka bertindak sebagai 'Penguatkuasa'. Kenapa tidak ditegur secara berhemah? atau lebih mudah bergaul dengan mereka. Pasti golongan muda akan malu diri untuk berbuat jahat sekiranya kita berkawan dengan mereka.

Aku sebenarnya dah lupa nak tulis pasal isu ini. Tetapi disebabkan peristiwa 3jam yang lalu membuat aku teringat balik isu ini. Mana taknya, dah bertahun aku berniaga kat tepi jalan, Tempat yang sesuai aku pilih. tak sibuk. Biasalah peniaga kaki lima cam aku niey mana lagi kalau tidak kat tepi jalan. Tapi tepi jalan yang agak luas. Datanglah pulak sorang hamba Allah larang aku berniaga katanya nanti ada orang komplen. Aku dah agak. Pak Aji pakai kopiah ni mesti JKKK kampung atau seseorang yang punya kuasa. Rupanya memang betul. Kat situ ada Bilik JKKK. Mulalah JKKK ni tunjuk kuasa dia. Apalagi sebab tak ada kerja. Masalah sosial bersepah tak diselesaikan. Isu peniaga cam aku yang dia tunjuk belang. Peel perangai JKKK bukan baru hari ni aku kenal. Banyak sangat orang bercerita pasal JKKK. Dan aku pun bukan baru duk dalam jemaah PAS ni. Salah satu sebab aku sekarang berada dalam jemaah PKR sebab tidak mesra anak mudalah sebabnya. Pemimpin diperingkat Pusat berjalan betul tetapi diperingkat JKKK ni yang buat masyarakat berbulu dengan perangai mereka.

Sekarang aku guna kuasa blog untuk menulis. Tak kiralah ada orang baca atau tidak tetapi aku sudah sampaikan kepincangan yang dah lama berlaku dalam kepimpinan PR setiap kawasan sebagai luahan hati aku sebagai pembetulan. Ubahlah, jika nak memerintah lebih lama. Rakyat tak suka cara sebagai penguatkuasa. Bagaimana masyarakat benci polis begitulah mereka akan benci pendekatan Penguatkuasa.

Aku ni peniaga yang tak main belasah berniaga tempat orang tak suka. Aku akan pilih tempat yang tak menjadi rungutan orang. Jadi, lokasi yang aku pilih menurut perkiraan peniaga adalah tempat yang boleh berniaga. Dari Utara sampa Selatan, Timur ke Barat aku berniaga. Tiba di Padang Jawa berhadapan dengan kerenah JKKK.

Satu lagi yang aku perhatikan, cuba kita bandingkan pekan melayu dan pekan cina. Yang mana satu suasananya hidup hingga ke malam?. Kalau di Pahang ambil contoh Bandar Triang (Bandar Cina) dan Bandar Maran (Bandar Melayu). Bandar Maran pukul 7.30 dah sunyi sepi tetapi Bandar Triang sampai lewat malam. Salahsatu sebabnya ialah kerana kerenah birokrasi orang melayu macam JKKK kampung inilah. Kat Bandar Triang bebas untuk berniaga asal jangan berniaga ditempat yang tidak sepatutnya. Tapi kalau bandar melayu macam - macam tak boleh. Terlalu lurus dengan orang melayu sama melayu. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua tak boleh.
Kalau di Selangor perbezaan amat ketara antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Di Subang Jaya, peniaga tepi jalan tidak terlalu lurus bendul. Tetapi kat Shah Alam pantang ada peniaga tepi jalan kerja dia nak Angkut atau saman. Ramai orang melayu berasa selesa berniaga di MPSJ berbanding MBSA yang banyak kerenah. Kononnya nak bersih dan ikut peraturan. Kata peniaga - peniaga "orang melayu tak pandai rasuah". Maknanya, Rasuah tak jadi masalah. Isunya bukan kerana bersih tetapi fulus!!!!.

Baru - baru ini keluar surat khabar peniaga CROCS kena tahan kat Kuala Kubu Bharu. Katanya " peniaga berkenaan nak rasuah selipar tiruan". Agak - agak anda, kalau peniaga berkenaan rasuah duit beribu - ribu lepas tak?. Pasti lepas. Sebab peniaga tu nak rasuah tak berbaloi dengan urusniaga rasuah maka peniaga berkenaan kena cekup dan masuk surat khabar. Agak - agak jugalah, selesai tak masalah CROCS atau apa - apa yang tiruan dengan penangkapan ikan bilis sebegitu?. Jawapannya juga tidak. Kerana kalau nak tangkap pergilah tangkap pembekal besar. Tangkap satu pembekal besar selesai semuanya. Pembekal besar tak ramai pun. Dan tak juga susah nak tangkap. Tapi Penguatkuasa dapat habuan besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet