KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, yang menghidapi barah otak meninggal dunia di rumah beliau di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang pukul 9.27 malam tadi.
Allahyarham memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 198 undi mengalahkan Datuk G. Palanivel dari Barisan Nasional.
Satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.
Dr Zainal adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973 sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973 sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974.
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles pada 1980 pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Semasa dalam Umno Dr Zainal pernah menjadi pengerusi cawangan Umno Cheras pada 1987 serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Dr Zainal menyertai KEADILAN pada tahun 2005 dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dan Ahli Majlis Tertinggi bagi penggal 2007/2010.
Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Sebelum menyertai KEADILAN, Dr Zainal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional untuk tiga penggal berturut-turut iaitu pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
**Nampaknya pesta pilihanraya yang dijangka berlaku di Negeri Perlis akan berubah tempat di Negeri Selangor. Pakat - pakatlah kita turun untuk memenangkan calon parti disana.
LAWAN TETAP LAWAN
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 Parlimen Hulu Selangor dan Dun-Dun
P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466
1. N5 - Hulu Bernam
Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)
Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318
2. N7 - Batang Kali
Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404
3. N6 - Kuala Kubu Bharu
Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549
Petikan: SuaraKeadilanonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.