Kartika diringankan hukuman
01/04/2010, Khamis: Sultan Pahang perkenan menggantikan hukuman sebat kepada kerja khidmat sosial kepada Kartika Sari Dewi. Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,00 dan enam sebatan.
11 Julai 2008 hingga 01 April 2010 tempoh yang agak singkat untuk diselesaikan. Patutnya perlu ambil masa 20tahun untuk selesai kes macam ni. Sebab kerajaan islam 1malaysia tiada tukang sebab dan mungkin juga tak ada rotan untuk disebat. Sebab jawatan tukang sebat baru dibuka untuk orang awam mohon. Jadi, kepada mereka yang berkelayakan bolehlah memohon jawatan tukang sebat. Nasib baiklah Tuanku Sultan bertindak bijak selesaikan masalah. Kalau tunggu kerajaan Islam hadhari 1msia jawabnya... tunggu kena bom c4 lah. Orang yang nak tunggu kena sebab ternanti - nanti bilakah hukuman nak diterima. Dah bengkak bontot orang yang nak kena sebat tunggu hukuman.
Jadi, kepada peminum arak jangan bimbang, sementara tukang sebat tak ada anda boleh minum dulu. Jadi enjoy - enjoylah semua!!!!!
Hudud in Malaysia: The issues at stake
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.